Selasa, 28 September 2010

Kaulah Kawan, Teman dan Sahabat....

Eisya : slm. Dhuha,ok ke?
Dhuha : wassalam. knp akak tanye mcm tu?

Eisya : xde.nampak mcm tertekan je dari jauh.

Dhuha : ade problem ngn study skit. result exam  truk sgt2.

Eisya : oo.brp?

Dhuha : biology D, english C, anatomy C. sy pun xtau lah knp truk sgt.

 Eisya : xpe.start to trust yourself, dear...
looking ahead and dream big
:)
and knowing that in order to achieve that dream...
you have no choice but to be your best..
not perfect..
but doing your best...
and sometimes we do fail...
we fall
we stumble
but we could always stand up again.
we could always!

Dhuha: honestly, it's very hard to accept it
but i try to be tawakal
as it comes from Allah
surely this is the best for me
maybe my effort is not enough
that's why Allah tested me like this
i trust in Allah
Allah will always help me
from now and forever i will try my best
Allah always will help me
i believe in it
and then
what ever it is i will accept it as i have try my best
i still have time to do my best
insyallah
tq for concerning on me
i don't know how my face looks like
as u can notice it
from far
must be bad, right?

Eisya : haha
xde la. alhmd, allah give you the confidence not to give up.allah give you the confidence to aLWAYS STAND UP AGAIN AFTER FALL.not many strong like you!

Dhuha : alhamdulillah. lupe nak tanyer. akak nmpk sy kat mn?

Eisya : nampak dlm mimpi kot
haha

Dhuha : tipu lah

Eisya : lastly, promises me, that you'll be strong like you always do

Dhuha : insyallah. U also have to promise me that u always must with me
to give support...

Eisya : amin.insyaAllah





Jumaat, 3 September 2010

Aku Dan Dia, Hanya Kawan???

Dhuha : Saya tengok Era sekarang selalu  tak ada kat bilik. Bila saya datang bilik roommate Era selalu cakap yang Era keluar. Ke mana sebenarnya?
Era : Oh, saya jumpa kawan.
Dhuha : Kawan? Yang mana satu? Rasanya semua kawan Era saya tahu.
Era : Alah, kawan saya yang tulah.
Dhuha : Kawan lelaki ke perempuan?
Era : Err....kawan le..lelaki.
Dhuha : Sejak bila pula Era berkawan dengan lelaki tu?
Era : Tiga sem lepas dah.
Dhuha : Dah lama tu. Kenapa sebelum ni saya tak tahu pun?
Era : Alah, saya kawan biasa je kot. Buat apa nak bagitahu.
Dhuha : Kalau kawan biasa kenapa nak berahsia dengan saya. Sedangkan sebelum ni Era tak pernah sembunyikan apa-apa pun daripada saya.
Era hanya diam.
Dhuha : Sebenarnya kan dah banyak kali orang cakap kat saya tentang Era dengan lelaki tu. Tapi, saya buat tak tahu sebab saya tak tengok dengan mata kepala saya sendiri. Ternyata berita itu benar. Semalam saya nampak Era berdua dengan lelaki tu. Cuma saya yang  tak tegur direct kat situ. Tapi, itu tak bermakna saya sokong apa yang Era buat. Saya sungguh kecewa dengan Era walaupun saya tak ucapkan depan Era. Era tahu tak kalau seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, yang ketiganya siapa? Syaitan. Masa tulah syaitan mulakan kerja jahatnya menghasut dua orang anak Adam ini melakukan maksiat.
Era : Kami tak buat apa-apa pun. Makan-makan dan jalan-jalan je. Kami pun bukannya couple.
Dhuha : Tak kisah lah apa yang kamu berdua buat. Yang pentingnya, kita tak boleh keluar berdua-duaan macam tu. Lagi satu, couple ni tak semestinya kite declare dulu yang kita couple baru dikira kita bercinta. Kalau tingkah laku dan perbuatan kita seperti orang yang bercouple, itu pun dikira couple. Contohnya, saling bertukar hadiah, selalu chatting, selalu call, selalu bersama ketika makan, pergi kelas, belajar atau apa-apa jelah. Sama tak perbuatan tersebut dengan orang yang bercinta.
Era : Kami cuma ingin lebih mengenali antara satu sama lain je. Sebab tu kami selalu bersama.
Dhuha : Maknanya betullah kan yang kamu berdua bercinta?
Era hanya diam.
Dhuha : Orang yang bercouple ni kalau kata nak saling mengenali, tak yah pakailah konsep tu.
Era : Kenapa?
Dhuha : Sebab guna emosi dan nafsu untuk saling mengenali. Bukannya guna akal dan hati. Sebab tu tak hairan bila kita dengar ada kes bercinta 5 tahun tapi kahwin tak sampai setengah tahun. Kenapa? Sebab tulah. Masa bercinta banyak guna emosi dan nafsu. Tak kenal betul-betul. Masa kahwinlah baru kita tahu rupa-rupanya pasangan kita ni panas baran. Tapi masa bercinta dulu pijak semut pun tak mati.
Era : Kalau dia betul cintakan saya, dia takkan buat macam tu kat saya kan?
Dhuha : Macam mana  Era boleh begitu yakin dengan cinta lelaki tu?
Era hanya menjungkitkan bahunya.
Dhuha : Era tak pernah terfikir ke kalau dia berani bercinta dengan Era, macam mana  Era boleh yakin yang dia tak kan buat perkara yang sama dengan perempuan lain?
Sekali lagi Era terdiam.
Dhuha tersenyum sebelum menyambung bicaranya.
Dhuha : Era, kalaulah kita dah buat sesuatu yang Allah larang sebelum kita kahwin, macam mana rumahtangga kita dengan dia akan bahagia kelak? Kalau sesuatu perkara dah dimulakan dengan kemungkaran bagaimana kehidupan kita yang seterusnya? Era faham maksud saya.
Era : Tak.
Dhuha : Macam ni. Kalau kita dah bercouple dengan seseorang lelaki dan kita kahwin dengan dia. Kemungkinan besar akan berlaku pergaduhan atau sesuatu yang buruk antara kita dengan pasangan kita kerana kita dah buat maksiat dengannya sebelum kita kahwin. Mungkin juga dia akan main kayu tiga di belakang kita sebab dia berani bercouple dengan kita dulu dan tak mustahil dia akan mengulangi lagi selepas berkahwin. Kalau dia tak buat pun mungkin masalah itu berpunca daripada kita pula. Contohnya, kita curiga dengan dia kot-kot dia ada perempuan lain kat belakang kita. Masa itu, syaitan lagilah mencucuk jarum supaya kita bersangka buruk kat dia sehingga berlakunya pertelingkahan. Kan couple tu dilarang oleh Allah sebab couple ini boleh mendorong kepada zina. Boleh tengok dalam surah al-Israk ayat 32. Yang pelik tu, ada juga sebahagian yang bercouple sebab saja-saja. Kes seperti ini lagi parah. Aduh, kesian sungguh kat orang seperti ini. Boleh manusia seperti ini saja-saja nak tambah saham dosa sebagai bekalan untuk berjumpa dengan Allah nanti. Tak takutkah mereka saja-saja melanggar perintah Allah? Macam hobi pula. Buat main-main. Bila rasa nak buat, buat. Bila tak nak, tinggalkan. Cuba tengok masyarakat sekarang. Zina, bersekedudukan, buang bayi. Itu semua dah dianggap ringan oleh masyarakat sebab banyak sangat kes macam tu berlaku sekarang. Agak-agak Era kenapa kes-kes seperti ini boleh berlaku?
Era : Couple ke?
Dhuha : Betul tu. Salah satu sebabnya adalah couple selain iman yang kurang mantap kepada Allah. Sebab tu Allah kata jangan hampiri zina, bukan jangan buat zina dalam ayat tadi kerana kalau dah berzina sangat buruk padahnya. Zina ni pula bukannya terbatas pada hubungan seks semata-mata. Dengan mata, telinga, tangan, hati, mulut dan kaki pun boleh juga.
Era : Macam mana tu?
Dhuha : Zina mata bila kita melihat bukan mahram kita. Zina telinga bila kita mendengar kata-kata cinta yang melalaikan atau perkara yang tak sepatutnya. Ini termasuk kita telefon kekasih kita untuk mengungkapkan kata-kata rindu. Kononnya. Zina tangan bila kita menyentuh. Zina kaki bila kita berjalan untuk berdua-duaan dengannya. Zina mulut bila kita berbicara cinta dan paling bahaya adalah zina hati iaitu kita menginginkan atau membayangkannya.
Era : Sampai macam tu sekali?
Dhuha : Zina hati yang bahaya tu. Apa yang kita buat asyik teringat kat dia je. Sampaikan dalam solat pun terbayangkan dia , bukan Allah. Sebab tulah kita kena jaga maruah kita sebagai seorang muslimah. Jangan mudah terpedaya dengan janji kosong orang lelaki ni. Sepatutnya kita serahkan cinta kita kepada Allah yang menciptakan kita, bukannya kepada insan yang kita tidak tahu hatinya yang sebenar. Alangkah ruginya kalau kita letakkan cinta kita kat tempat yang salah.
Era : Terima kasih Dhuha sebab dah sedarkan saya. Rugi dan bodohnya saya.
Dhuha : Alhamdulillah kalau Era dah sedar. Era sangat beruntung kerana Allah masih bagi peluang kat Era.
Era menggenggam erat tangan Dhuha.
Era : Terima kasih Dhuha.
Mereka berpelukan. Senyuman Era tiba-tiba berhenti.
Era : Dhuha.
Dhuha : Kenapa?
Era : Toleh belakang. Betullah apa yang awak cakap. Bodoh betul saya kerana percaya kat dia hidup-hidup.
Era melangkah ke hadapan sambil diperhatikan oleh Dhuha.
Era : Ini kerja you belakang I, Zack.
Zack yang sedang berpegangan tangan dengan seorang perempuan terkejut besar.
Zack : Era.
Era : Nah, ambil balik cincin you ni sekali dengan cinta palsu dan bodoh you ni. Lepas ni jangan you berani kacau I lagi.
Era melempar cincin itu tepat atas muka Zack lalu berpaling dan berjalan menuju ke arah Dhuha. Era tersenyum puas. Tidak pernah dia rasa sebahagia ni. Era dapat rasakan yang dia lebih bahagia tatkala berpisah dengan Zack daripada mula-mula menyulam cinta dengan lelaki tak guna itu. ‘ Terima kasih Ya Allah kerana menunjukkan aku jalan yang benar.’
Dhuha : Cinta Allah tidak pernah mengecewakan. Tapi cinta manusia...
Era : Berbolak-balik.
Dhuha : Jom kita pulang.
Era : Jom.