Sabtu, 20 Ogos 2011

Kem Siswi Sinergi 2011


Tanggal 8-10 Jun merupakan satu tarikh yang penuh bermakna bagi diriku. Bertempat di Manong, kami berkumpul ramai-ramai untuk mengikuti mukhoyyam nasional atau juga dikenali sebagai Kem Sisiwi Sinergi 2011. Lebih kurang 100 orang peserta dari pelbagai ipt yang join kem ini. Sangat banyak pengalaman dan ibrah yang aku dapat dari kem ini.
                Kem ini dimulai dengan aktiviti mempelajari kecemasan daripada akhwat medic. Banyaklah yang tahu tentang apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan berlaku. Dan kami juga belajar bagaimana nak menjahit luka. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan listening walk. Kami dibiarkan sorang-sorang di dalam hutan untuk menguji keberanian dalam diri. Sejujurnya, perasaan aku memang diuji ketika aku ditinggalkan seorang diri dalam hutan pada tengah malam. Aku rela tidak duduk atas tanah kerana takut pacat akan naik. Dahlah aku ni memang anti sangat dengan pacat. Apa yang paling aku dapat kat sini ialah kita sebagai manusia memang tiada tempat lain dah untuk bergantung selain Allah. Maksudnya di sini, secara fitrahnya manusia itu akan kembali kepda penciptanya terutamanya bila dia berada dalam kesusahan. Sebabnya tiada siapa dah yang boleh tolong kita selain Allah. Cuma yang menghalang manusia daripada kembali kepada Allah adalah sikap dia sendiri yang mahu atau tidak.
                Keesokan paginya, kami menjalani latihan kecergasan. Ada 9 halangan semuanya yang perlu kami tempoh. Redah sungai, membongkok untuk melepasi terowong, monkey crawl, tangga kambing, memanjat tembok, dawai berduri, meniti atas batang kayu, meniti titian goyang dan satu lagi apatah namanya. Yang bestnye monkey crawl lah. Kalau tak lepas, nasibnya masuk dalam air yang busuk. Dan aku salah seorang yang menjadi mangsanya. Kalu tak silap, dari 80 org peserta yang join, hanya 2 orang akhwat saja yang berjaya lepas.
                Aktiviti kemuncak adalah slot petang hari kedua. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan yang besar. Satu hijau dan satu kuning. Kami dikehendaki untuk membincang strategi bagaimana nak melawan pihak musuh. Main perang-peranglah ni. Sebenarnya, game nilah yang paling memberi kesan dalam setiap diri akhwat. Sebabnya kami berpeluang untuk berperang walaupun hanya lakonan. Tetapi walaupun itu hanyalah satu lakonan, kami dapat rasakan pelbagai perasan. Dan aku yang diberi amanah sebagai penglima perang pasukan kuning berasa sangat blurr, kelam kabut dan takut bila melihat pasukan aku diserang dan tenteraku ditangkap. Seriusly, memang sangat takut bila berada dalam situasi ni. Aku dapat melihat, akhwat berperang dengan penuh kesungguhan dan sanggup melakukan apa saja. Ada akhwat yang tercabut kasut semasa sesi tarik-menarik terus mencabut sebelah lagi kerana merasakan itu akan mengganggu jika hanya berkasut sebelah. Patutlah, pada zaman Rasulullah dulu ada sahabat yang terkehel tangannya semasa perang terus mencabut tangannya kerana bimbang itu akan mengganggunya utk perang. Betullah, kalau niat kita betul, kita akan sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan agama. Perang ini bertambah menarik bila ada sebahagian tentera dari kedua-dua belah pihak yang berlakon tercedera. Mereka dah awal-awal lagi dimekapkan oleh urusetia dengan pelbagai kecederaan. Ramai antara kami yang tengah berperang keliru sama ada mereka ini cedera berul-betul atau hanya sekadar lakonan. Ada yang sampai berdarah dan menangis. Rupanya-rupanya itu hanyalah lakonan supaya kami lebih merasai situasi berperang yang sebenarnya. Ada juga sebahagian yang dah dilantik oleh urusetia untuk menjadi pembelot dalam pasukan. Patutlah masa aku bagi arahan kat seorang akhwat ni, dia wat dono je. Rupanya pengkhianat.Ada akhwat juga yang menangis bila tamat perang ni. Bila ditanyakan kepadanya kenapa dia menangis, dia menjawab, “ ana teringat kepada Rasulullah dan para sahabat yang sanggup berkorban apa saja ketika berperang demi menegakkan kalimah Lailahaillah.” Masyallah, perang lakonan ini memang memberi kesan yang mendalam.
Mukhoyyam ini sangat mengajar aku erti kesabaran. Aktiviti yang paling menguji kesabaran aku ialah jungle trekking sejauh 9 km. Wow, inilah jungle trekking yang paling jauh yang pernah aku sertai. Dengan trek yang penuh mencabar. Jalan yang berselut dan perlu mendaki bukit yang tinggi. Bila jalan turun pula yang agak curam dan licin. Tipulah kalau aku cakap langsung tidak letih dengan aktiviti ini. Sebenarnya, permulaan perjalanan pun aku dah pancit. Berkali-kali rasa ingin stop dan give up bermain-main di fikiranku. Tetapi, alhamdulillah aku kuatkan diri dengan meneruskan jungle trekking ini. Semasa mendaki bukit yang tinggi, pelbagai rungutan yang aku dengar. Adalah seorang akhwat berkata, “ cuba bayangkan bagaimana Asma binti Abu Bakar yang mengandung matang mampu mendaki bukit Uhud 2 kali sehari untuk menghantar makanan dan berita kepada Rasulullah SAW dan ayahandanya. Dahlah Bukit Uhud tu curam dan berbatu dan dengan keadaan beliau yang mengandung. Tapi beliau tidak pun merungut untuk melakukan itu malah beliau bahagia kerana dapat membantu Rasulullah dan ayahandanya.” Mendengarkan kata-kata tersebut, terus akhwat bersemangat untuk terus mendaki bukit dan meredah hutan. Dalam perjalanan ini juga, kami dibenarkan untuk mandi di air terjun. Sepanjang perjalanan, pelbagai ciptaan Allah yang dapat kami lihat. Subhanallah, Allah Maha Besar menciptakan segala-gala. Ada yang langsung kami tak pernah lihat. Dan yang paling pelik kali ni, aku tidak lagi menjerit bila melihat pacat. Kalau sebelum ni akulah juara penakut pacat. Mungkin sebab jungle trekking ni terlalu juah. Jadi aku rasa aku dah penat nak menjerit bila melihat pacat. Cuba bayangkan kalau aku still lagi berperangai seperti itu. Alamaknya, sepanjang perjalanan hanya mendengar aku menjerit jelah sepanjang 9 km tu.
Selepas selesai kami jungle trekking, kami tidak lagi dibenarkan berehat. Ada lagi aktiviti selepas itu iaitu river crossing dan flying fox. Wow, agaknya badan ni dah tak sempat nak rasa letih. Yang bestnya nilah kali pertama kau river crossing pakai tali gantung. Aktiviti ini memerlukan fokus yang tinggi dan kesimbangan yang baik. Bila tiba giliran aku untuk mencuba, aku agak cuaklah. Langkah-langkah awal masih ok, tapi bila dan kat tengah-tengah tu dah hilang fokus. Ditambah lagi dengan suara daripada pelatih yang asyik memekik, “jaga kaki, jaga tangan.” Aku yang dah tak boleh fokus dah dan serabut dengan suara itu akhirnya mengambil keputusan utuk terjun je dalam air.
Pada pukul 3 petang hari Ahad, mukhoyyam nasional ini selesai. Semua sudah bersiap-siap untuk pulang ke ipt masing-masing. Walaupun terlihat riak-riak kelihatan pada setiap wajah akhwat, namun semuanya mengukir senyuman kepuasan kerana berjaya menjayakan mukhoyyam nasinal ini. Sebelum bertolak pulang, kami sempat bersalam-salaman dan menangkap gamabr sebagai kenangan.