Rabu, 22 Jun 2011

Surrounding

    Memang sudah menjadi lumrah setiap insan mudah terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Beruntunglah bagi siapa yang memperoleh sekeliliing yang baik dan begitulah sebaliknya.  Kita biasa mendengar mungkin daripada teman terdekat kita atau bahkan mungkin daripada adik-beradik kita yang ada insan menyalahkan kawannya apabila dirinya sendiri terlibat dalam surrounding yang tidak baik. Contohnya, dulu dialah paling awal datang ke surau ketika masih di bangku sekolah. Tetapi, bila saja melangkah ke alam universiti dialah yang paling lambat bangun untuk solat Subuh. Mulalah dia memilih salah seorang daripada kawan-kawannya untuk ditunding jarinya. Sedarlah kawan ketika kamu menunding satu jari kepada orang lain, empat lagi jari menghala ke arahmu. So, salah siapa sekarang?

        Sebenarnya, tanpa kita sedari diri kita sendirilah yang patut disalahkan apabila kita tersalah pilih kawan. Siapa suruh ko kawan dengan mat rokok tu? Siapa suruh ko kawan dengan minah rempit tu? Di sinilah pentingnya kita memilih surrounding yang baik. Pilihlah kawan yang sentiasa mengajak kita kepada kebaikan. Pilihlah kawan yang sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah. Bukannya kawan yang hanya ingin menumpang kebahagiaan kita tetapi bila kita ditimpa musibah dialah orang pertama yang buat-buat tak kenal kita.

     Kenapa pentingnya kita perlu bijak memilih? Kalau kita pilih surrounding yang membantu, ini akan mengelakkan kita daripada melakukan maksiat atau buat perkara yang sia-sia. Ia juga menjadi initiator kita untuk buat kebaikan. Ingin saya kongsi sedikit pengalaman saya dengan akhwat-akhwat saya yang tercinta. Bila saya bersama dengan mereka rasanya susah sungguh untuk melakukan perkara yang tak baik. Pantang ada masa lapang, pasti ada akhwat yang mengajak, “ jom baca Quran, jom baca mathurat, jom istighfar”. Memang susahlah nak tengok seorang akhwat tu duduk goyang kaki saja. Betullah kata-kata yang menuturkan bahawa sahabat yang baik ialah mereka yang selalu mengingatkan kita kepda Allah.
   
              

       Sebenarnya tak menjadi masalah jika kita nak berkawan dengan semua orang. Yang menjadi masalahnya bila tersilap pilih sahabat. Saya selalu mendengar “ kita boleh bergaul tapi jangan bercampur.” Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut? Ertinya kita boleh berkawan dengan sesiapa saja yang kita suka tak kiralah yang pakai tudung, free hair, yang couple, yang tak couple, yang tengok movie atau tidak tapi jangan tercampur atau terpengaruh dengan perbuatannya yang kurang elok itu. Kita kena menjaga hubungan dengan semua orang supaya kawan-kawan kita yang mungkin tidak tahu atau buat-buat tak tahu tentang maksiat dan kesalahan yang dibuatnya akan berasa malu bila bersama kita dan pada masa yang sama kita memberinya kefahaman baik dari segi kata-kata atau menunjukkan tingkah laku yang baik.

      Memang susah untuk mencari sahabat yang boleh memimpin kita ke arah kebaikan. Sebaliknya begitu mudah untuk mencari kawan yang membawa kita kepada keburukan. Yang peliknya, kita pula lebih cenderung untuk memilih kawan-kawan seperti ini berbanding mengikut sahabat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Contohnya, kita lebih mudah untuk memenuhi permintaan kawan-kawan kita yang ajak pergi ke Ipoh untuk lepak, window shopping ataupun masuk panggung berbanding kita mengikut teman-teman kita yang ajak pergi ke majlis ilmu yang tentunya lebih membawa kebaikan malah untuk diri kita sendiri juga terutamanya.

                                             

      Sebenarnya, sangatlah rugi kalau kita tidak pandai memilih orang untuk dijadikan teman baik. Carilah sahabat yang boleh menjadi sahabat kita dunia dan akhirat. Sahabat yang sama-sama mengajak ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Sahabat yang sama-sama tersenyum bila kita gembira dan sama-sama menangis bila kita ditimpa musibah. Bila kita berjaya mencari sahabat seperti ini, subhanallah alangkah indahnya ukhuwwah bersandarkan keimanan.







Sabtu, 18 Jun 2011

Istimewa Buatmu

Duhai akhwatku...
Walaupun kita berbeza usia, asal dan latar belakang...
Namun hatiku hatimu tiada jaraknya...
Bersatu teguh dalam mencari sebuah erti...
Erti mencintai dan dicintai Sang Khalik...

Bila engkau datang mengadu kesulitan yang membelenggu dirimu...
Bibirmu tidak lagi mengukirkan senyuman semanis biasa...
Walaupun engkau sedaya upaya mencuba untuk menghadiahkan kepadaku...
Aku turut serta merasakan beratnya bahumu cuba untuk memikulnya...
Kerana masalahmu adalah masalahku jua...
Mana mungkin aku meninggalkan engkau sendirian...

Benar...
Jalan yang kita sedang jejaki ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah...
Bahkan onak dan durilah yang menjadi hidangannya...
Tapi tidak mengapa ukhti...
Itu tandanya Allah sayangkan kita dan mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya...
Yakinlah...
Pasti janji Allah itu benar..
Kerana Allah tak pernah memungkiri janji-Nya...

SPECIAL DEDICATION TO ALL AKHWATS...