Selasa, 25 Disember 2012

Berakhirnya KEM REMAJA SINERGI 3.0



Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita melaksanakan Kem Remaja Sinergi 3.0 dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahlul bait, sahabat, ikhwah akhwat serta muslimin dan muslimat sekalian. Ucapan jutaan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa Kem Remaja Sinergi 3.0, fasilitator Kem Remaja Sinergi 3.0 dan peserta Kem Remaja Sinergi 3.0.

Selama tiga hari kita berkampung di Eco Kandu Camp, Gopeng Perak, pelbagai ilmu dan pengalaman yang telah kita perolehi. Semoga segala input tersebut dapat didengar dengan telinga, difikir dengan akal, dihayati dengan hati dan diamal dengan anggota. Semoga dengan kehadiran para peserta ke Kem Remaja Sinergi 3.0 ini merupakan titik tolak berharga yang menjadi anjakan paradigm dalam diri adik-adik untuk lebih gigih dalam membaiki diri dan meraih cinta Allah.  Allah Taala telah memilih hati-hati kita untuk berkumpul di sini. Bukan senang untuk dapat peluang ini. Jadi, peliharalah nikmat tarbiah ini dengan sebaik-baiknya kerana untuk kita dapat peluang yang kedua sangatlah sukar.  Teruskan datang halaqah dan program susulan yang lain untuk memastikan iman kita selalu terjaga. Sebelum terlupa, insyallah selepas keputusan SPM diumumkan nanti, kami akan mengadakan program kesinambungan Kem Remaja Sinergi 3.0 khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang dikenali sebagai Kem Kenali IPT (KKI) sebagai persiapan terakhir sebelum menjejaki kaki ke matrik atau universiti.



Para peserta Kem Remaja Sinergi 3.0 jangan lupa untuk sentiasa keep in touch dengan kakak-kakak fasilitator terutama apabila sudah melangkah ke alam matrik ataupun universiti. Untuk makluman, semua ajk dan fasilitator Kem Remaja Sinergi 3.0 terdiri daripada pelajar-pelajar dari universiti terkemuka di Malaysia. Menurut Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA) 2011, satu senarai universiti telah dikeluarkan mengikut kedudukan. Antara universiti yang mendapat 6 bintang ialah UKM, UM, UPM dan USM. Manakala, 5 bintang pula ialah UIAM, UTP dan UTM. Seperti yang kita tahu, ajk dan fasilitator terutamanya terdiri daripada pelajar engineering UTP,UM dan UTM, perubatan UKMKL, UKM Cheras, USMKK dan pelbagai kos lain dari UIAM, UITM, UPM. Jadi apa tunggu lagi? Ayuh mari kita sama-sama masuk ke univirsiti yang dinyatakan tadi untuk menjamin keberlangsungan tarbiyah. Tidak dilupakan yang kita juga ada wakil di kolej matrikulasi seperti Kolej Matrikulasi Perak, Selangor dan Labuan. Bagi peserta selain tingkatan 5, tanamkan dari saat ini untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tersebut.
Akhir kata, saya Marhaina Ismail selaku Pengarah Program Kem Remaja Sinergi 3.0 mewakili semua tenaga kerja Kem Remaja Sinergi 3.0 mengucapkan tahniah kepada para peserta atas kejayaan dalam menghadiri Kem Remaja Sinergi 3.0. Kami juga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang Kem Remaja Sinergi 3.0. Semoga kita berjumpa lagi di Kem Remaja Sinergi 4.0. Bagi sesiapa yang belum join, ayuh join Kem Remaja Sinergi 4.0 pula. Rugi kalau tak datang. 

Ahad, 25 November 2012


Bagi menghargai permintaan penyertaan KRS yang begitu ramai, dengan sukacitanya kami daripada pihak pengurusan Kem Remaja Sinergi 3.0 berbesar hati untuk membuka lagi 50 penyertaan untuk adik-adik yang berumur 15-18 tahun. Apa tunggu lagi? Jom sertai ramai-ramai selagi peluang masih ada. Cepat, daftar sekarang sebelum 7 Disember 2012.

Khamis, 4 Oktober 2012

KEM REMAJA SINERGI 3.0


Assalamualaikum wbt wkt..

Program Kem Remaja Sinergi (KRS) 2012 khas disajikan untuk adik-adik yang berumur 15-18 tahun bagi mengisi cuti hujung tahun ini..

Pelbagai pengisian rohani dan jasmani menanti anda!! Jangan lepaskan peluang mengikuti program anjuran Neo Synergy Training Centre yang pernah mendapat liputan di TV3, Sinar Harian dan juga IKIM.fm.

Rasai keseronokan dan pengalaman luar bisa yang mencabar bersama peserta dari seluruh semenanjung Malaysia dan juga para fasi berkaliber dari universiti-universiti terkemuka negara. 

Jadi,apa tunggu lagi? Terhad hanya kepada 200 orang peserta sahaja. Ayuh adik-adik sekalian, sampaikan kepada ibu bapa, sebarkan di sekolah dan ajak lagi kawan masuk menyertainya..^.^..

Berminat sila pm no. yang tertera:
-En. Khozafi  013-595 3110
-Cik Asyidah  019-564 6726

Boleh juga mengisi borang online di blog KRS ya..

Layari : http://kemremajasinergi.blogspot.com/

Ok..jumpa di KRS 3.0 ya adik2..InsyaAllah..

Jumaat, 6 Januari 2012

MRSM KOTA PUTRA

Pada 4 Januari 2012, kedatangan wakil dari Neo Synergy Training Centre (NSTC) disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua pelajar Form 2, Form 3 dan Form 5 MRSM Kota Putra (Ulul Albab), Besut Terengganu.  Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11 pagi dan bertempat di Dewan Besar MRSM Kota Putra yang dihadiri oleh seramai 510 orang pelajar.

Bertajukkan “ Al-Quran Sumber Motivasi”, penceramah berkongsi serba sedikit tentang tips-tips belajar berdasarkan kitab suci Al-Quran. Di samping berkongsi mengenai bagaimana untuk belajar dengan efektif bagi menjamin kecemerlangan akademik, perkongsian tentang sahsiah juga diselitkan sekali supaya para pelajar cemerlang dari segala segi bukan hanya akademik semata-mata. Program ini amat bersesuaian diadakan apatah lagi para pelajar baru sahaja memulakan sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2012 ini supaya semangat untuk kembali belajar dengan bersungguh-sungguh dapat disuntik kembali setelah lama bercuti.




Banyak soalan yang diajukan kepada penceramah mengenai bagaimana kehidupan penceramah dahulu semasa bergelar pelajar sekolah menengah apatah lagi penceramah tersebut merupakan bekas pelajar MRSM Kota Putra. NSTC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput pihak kami untuk memberi sedikt perkongsian kepada para pelajar. Semoga apa yang diperoleh oleh para pelajar dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian.