Jumaat, 6 Januari 2012

MRSM KOTA PUTRA

Pada 4 Januari 2012, kedatangan wakil dari Neo Synergy Training Centre (NSTC) disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua pelajar Form 2, Form 3 dan Form 5 MRSM Kota Putra (Ulul Albab), Besut Terengganu.  Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11 pagi dan bertempat di Dewan Besar MRSM Kota Putra yang dihadiri oleh seramai 510 orang pelajar.

Bertajukkan “ Al-Quran Sumber Motivasi”, penceramah berkongsi serba sedikit tentang tips-tips belajar berdasarkan kitab suci Al-Quran. Di samping berkongsi mengenai bagaimana untuk belajar dengan efektif bagi menjamin kecemerlangan akademik, perkongsian tentang sahsiah juga diselitkan sekali supaya para pelajar cemerlang dari segala segi bukan hanya akademik semata-mata. Program ini amat bersesuaian diadakan apatah lagi para pelajar baru sahaja memulakan sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2012 ini supaya semangat untuk kembali belajar dengan bersungguh-sungguh dapat disuntik kembali setelah lama bercuti.




Banyak soalan yang diajukan kepada penceramah mengenai bagaimana kehidupan penceramah dahulu semasa bergelar pelajar sekolah menengah apatah lagi penceramah tersebut merupakan bekas pelajar MRSM Kota Putra. NSTC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput pihak kami untuk memberi sedikt perkongsian kepada para pelajar. Semoga apa yang diperoleh oleh para pelajar dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian.