Rindukan Kem Remaja Sinergi 3.0??
Jom imbas kembali segala kenangan, pengalaman ketika mengikuti KRS 3.0
http://www.youtube.com/watch?v=5ujJB_fBjU8&feature=youtu.be
So, are you ready for KRS 4.0?? Just wait!!
Puteri Dhuha
Tinta Pertama
Selasa, 26 Mac 2013
Isnin, 11 Mac 2013
Semoga Membantu
Assalamualaikum semua. baru sedar yg sejak tahun baru ni saye xde post pape pun lagi. kebetulan ade sorg kwn sy ni ade masalah. dia couple pastu dia nak break tp couple dia tu jenis yg susah nak terima kenyataan. so dia tanye saye camne nak terang kat laki tu sbb dia xreti camne nak ckp. sy katelah kat dia mntk couple dia tu kol sy tp couple dia xnak. jd sy email jelah dan mntk kwn sy tu forward kat dia. tp sy pujilah dia sbb dia nak break tu sbb dia dah tahu nape dia perlu buat begitu dan sbb dia nak dekatkan diri pd Allah. semoga usaha dia ni mendapat berkat dr Allah.
ni saye copy directlah dr email yg sy bagi kat dia tp bukan name sbnrlah ye. email ni sape yg ade masalah same blhlah ambil ni. semoga membantu.
salam. semoga kita semua sentiasa brd di bwh lindungan Maha Esa. sy mntak maaf terlebih dulu sbb agak lmbat reply tuk jwb soalan2 awk tu sbb byk keje skit lately.
ni saye copy directlah dr email yg sy bagi kat dia tp bukan name sbnrlah ye. email ni sape yg ade masalah same blhlah ambil ni. semoga membantu.
salam. semoga kita semua sentiasa brd di bwh lindungan Maha Esa. sy mntak maaf terlebih dulu sbb agak lmbat reply tuk jwb soalan2 awk tu sbb byk keje skit lately.
sy cubalah tuk menjawab soalan2 awak tu setakat mane yg sy tahu. sy pun bukanlan sorg ulama yg sewenang2nye blh mengeluarkan fatwa atau hukum tuk menjatuhkan sesuatu tu halal atau haram. sy pun dlm proses membaiki diri lagi.
apa yang sy share kat lia ttg couple itu bukanlah dgn niat tuk memusnahkan hubgn both of u. actually, sy pun xtau yg lia ni ade couple. niat saya hanya satu iaitu mencari redha Allah sbb itulah tujuan kita diciptakan atas muka bumi ini. blh refer surah 51 ayat 56.
insyallah if awk nak kefahaman yg lebih dalam carilah majlis ilmu atau lebih baik carilah usrah yg konsisten. itu penting tuk tarbiyah diri sebnrnye. jgn sbb kite terlalu asyik cari dunia sapa kite berkire2 mase dgn Allah. sebnrnye tanpa kite sedar mase tu sendiri adalah nikmat dari Allah. maka infakkanlah sedikit tuk cari redha-Nya. jgn kite kedekut sbb mase tu pun milik Allah. insyallah sejam kita infak tuk Allah. bertimbun dia balas balik. Awak blh refer surah 58 ayat 11 dan surah 2 ayat 261.
berbalik kpd soalan awak tu
cinta itu fitrah manusia dan kite mmg xboleh menidakkan hal tu. mmg xde salah if kite suke kat seseorg tetapi cuba kite tgk mcm mane kite menyalurkan perasaan cinta kite itu. adakah pd jalan yg betul atau sebaliknya?yg dikhuatiri adalah perasan cinta kpd makhluk lebih kpd cinta kite pd Allah. sbb hati kita ade satu je. dan Allah dah kate yg xterhimpun 2 cinta dalam satu mase. blh refer surah 33 ayat 4. if dah suka buat dgn cara yg betul, g masuk meminang lia. if xkemampuan lagi hold dulu. blh jugak ikat dgn pertunangan. if korang dah bertunang, lia xblh terima pinangan org lain dan awak pun xblh cari perempuan lain.
islam tak mengharamkan lelaki dan perempuan itu bergaul/bercakap tetapi islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan. bile sebut psl batas ni mesti ade limit tertentu yg mane kite xleh nak langgar. cuba tgk ape yg kite bualkan dgn berlainan jantina tu. setahu sy kite hanya blh berkomunikasi/bergaul berlainan jantina hanya tuk 4 perkara iaitu dlam bisnis, perubatan, pendidikan dan perkahwinan.
kenapa couple ni haram?
sbb couple mendekatkan diri dgn zina. zina di sini bukan hanya berfokus kpd sexually intercourse tp byk.
blh tgk hadis di bwh
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
sy pernahlah dgr satu talk ni. ustaz tu ckp
zina mata bile kite memndangnya dgn bernafsu
zina telinga bile kite mendgrkan sesuatu ayat2 cinta yg blh membuai perasan atau something blh naikkan syahwat
zina kaki bile kite melangkah tuk dating atau g tempat maksiat
zina tgn bile kite menyentuh dan yg ni biase org xtau. ustaz tu kate bile menaip sms kat couple pun dikire zina tgn
zina mulut bile mengeluarkan ayat2 cinta atau ayat yg blh naikkan syahwat
zina hati yg paling parah bile menginginkan. asyik teringat kat couple dan yg paling bahaya bile inginkan tuk melakukan hbgn seks.
ade org kate if just msg good nite, dah makan ke atau pape je yg simple2 tu pun dikire xblh ke?
ok, cube tgk ape niat bile berbuat demikian. adakah bende tu blh meningkatkan iman? sy rase for sure tak malah msg2 simple itu membantu tuk lebih mendekati couple tu. dan mungkin juga msg tu just pd peringkat permulaan. bile dah mula dilayan. xdelah msg seperti tu lg kan.
ade jugak org kate if xcouple camne nak cari psgn? mcm mane nak tahu dia tu baik ke x?
kan Allah dah janji perempuan yg keji tuk laki yg keji dan perempuan yg baik tuk laki yg baik (surat 24 ayat 26). nape nak ragu2 dgn janji Allah. sy percaya yg setiap dari kite nak mesti nak psgn yg sebaik mungkin kan. so, if nak psgn kite tu baik kite dululah yg kena jadi baik. xperlu ambik alasan bercouple tu tuk mengenali psgn. lagi satu adakah bile bercouple tu mmg psgn tu tunjuk perangai sebnrnye? for sure tak. mesti just tunjuk perangai yg elok je. ni yg org kate pijak semut pun tak mati. perkahwinan tu suci. jgn mulakan perkara yg suci dgn perkara yg kotor. mcm mane nak berkat perkahwinan if dimulai dgn perkara yg Allah murka.
sekrg ni just kite fokus belajar dan dekatkan diri pd Allah. soal jodoh tu biar Allah yg tentukan. jadilah lelaki yg baik if nak seorg perempuan yg baik sebagai isteri. insyallah ni merupakan usaha kite dlm cari jodoh iaitu jadilah baik dan dekatlah diri dgn Allah.
conclusion, couple tu mmg xboleh sbb mendekatkan diri dgn zina. mmg Allah xckp direct dlm quran yg couple tu haram tp based on hadis td couple tu mendekatkan zina. Allah pun ckp dlm quran yg jgnlah dekati zina (surah 17 ayat 32). jgn sbb kita nak jugak bercouple jd kite cantikkan atau islamikkan kan couple tu. if perkara tu haram ia tetap haram. sy bg analogi ye. khinzir kan haram. adakah bile kite samak dia, sembelih dgn bismillah khinzir tu akan jd halal? tak kan. so fikirkanlah. jgn tutup hati dr terima kenyataan sbb kita still nak berbuat benda yg xbaik ni.
if awk betul2 nak kat lia, g jupe parents dia dan ikat dia dgn tali pertunangan. selagi mane xbergelar suami isteri jagalah batas tu. sekali lagi, kite hanya blh berkomunikasi dgn berlainan jantina tuk 4 perkara sj iaitu perkahwinan, pendidikan, perubatan dan perdagangan. bagilah lia ruang dan peluang tuk dia baiki diri jadi yg lebih baik. dan awak pun carilah cara tuk baiki diri dan dekatkan diri pd Allah (surah 5 ayat 35). bukan maksud sy yg awak ni jahat. kite ni xtau mcm mane pengakhiran kita nanti. selalu lah dekatkan diri pd Allah.
tiada istilah bercinta sebelum kahwin. insyallah if kite x bercouple sbb nak jg kesucian Islam, Allah pasti balas degn gnjaran yg jauh lebih baik.
katekanlah mmg korang ber2 ni xde jodoh, terimalah dgn hati yg lapang sbb mungkin Allah nak beri yg lebih baik lagi. sbb ape yg kite rs baik xsemestinya baik tuk kite dan ape yg kite rs buruk xsemestinya buruk tuk kite(surah 2 ayat 216). Allah pencipta kite. pasti Dia tahu yg mane lebih baik tuk hambaNya.
sebelum saye terlupe Islam xlah haram terus laki dan perempuan tu tuk kenal dulu before kahwin. ade caranye. ia dipanggil taaruf. taaruf ni kite jupe calon psgn tu tuk tau psl dia tp dgn syarat dihadiri juga mahram dan bukan kite ber2 je. if rs sesuai teruskan langsung perkahwinan tu. if rase xsesuai tolak dgn baik2 dan cari calon yg lain pulak. mcm mane nak tahu sesuai ke tak buatlah solat istikarah tuk mohon petunjuk Allah.
sy pun nak mintak maaf jugaklah if ade yg tersinggung atau sy terslh bahase ke. maaflah if kurang fhm ape yg sy tulis ni sbb susah nak terang if bukan by oral.
so, i do hope that i already answered all ur questions precisely. if u dont satisfied u can search in internet or ask the other person who has more ilmu than me. but better u ask people yg berilmu lah than cari dlm internet camtu je.
salam, semoga membantu..
Selasa, 25 Disember 2012
Berakhirnya KEM REMAJA SINERGI 3.0
Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya dapat kita melaksanakan Kem Remaja Sinergi 3.0 dengan jayanya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahlul bait,
sahabat, ikhwah akhwat serta muslimin dan muslimat sekalian. Ucapan jutaan
tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa Kem Remaja Sinergi
3.0, fasilitator Kem Remaja Sinergi 3.0 dan peserta Kem Remaja Sinergi 3.0.
Selama tiga hari kita berkampung di Eco Kandu Camp, Gopeng
Perak, pelbagai ilmu dan pengalaman yang telah kita perolehi. Semoga segala
input tersebut dapat didengar dengan telinga, difikir dengan akal, dihayati
dengan hati dan diamal dengan anggota. Semoga dengan kehadiran para peserta ke
Kem Remaja Sinergi 3.0 ini merupakan titik tolak berharga yang menjadi anjakan
paradigm dalam diri adik-adik untuk lebih gigih dalam membaiki diri dan meraih
cinta Allah. Allah Taala telah memilih
hati-hati kita untuk berkumpul di sini. Bukan senang untuk dapat peluang ini.
Jadi, peliharalah nikmat tarbiah ini dengan sebaik-baiknya kerana untuk kita
dapat peluang yang kedua sangatlah sukar. Teruskan datang halaqah dan program susulan
yang lain untuk memastikan iman kita selalu terjaga. Sebelum terlupa, insyallah
selepas keputusan SPM diumumkan nanti, kami akan mengadakan program
kesinambungan Kem Remaja Sinergi 3.0 khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang
dikenali sebagai Kem Kenali IPT (KKI) sebagai persiapan terakhir sebelum
menjejaki kaki ke matrik atau universiti.
Para peserta Kem Remaja Sinergi 3.0 jangan lupa untuk
sentiasa keep in touch dengan kakak-kakak fasilitator terutama apabila sudah
melangkah ke alam matrik ataupun universiti. Untuk makluman, semua ajk dan
fasilitator Kem Remaja Sinergi 3.0 terdiri daripada pelajar-pelajar dari
universiti terkemuka di Malaysia. Menurut Malaysia Research Assessment Instrument
(MyRA) 2011, satu senarai universiti telah dikeluarkan mengikut kedudukan. Antara
universiti yang mendapat 6 bintang ialah UKM, UM, UPM dan USM. Manakala, 5
bintang pula ialah UIAM, UTP dan UTM. Seperti yang kita tahu, ajk dan
fasilitator terutamanya terdiri daripada pelajar engineering UTP,UM dan UTM,
perubatan UKMKL, UKM Cheras, USMKK dan pelbagai kos lain dari UIAM, UITM, UPM.
Jadi apa tunggu lagi? Ayuh mari kita sama-sama masuk ke univirsiti yang
dinyatakan tadi untuk menjamin keberlangsungan tarbiyah. Tidak dilupakan yang
kita juga ada wakil di kolej matrikulasi seperti Kolej Matrikulasi Perak,
Selangor dan Labuan. Bagi peserta selain tingkatan 5, tanamkan dari saat ini
untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tersebut.
Akhir kata, saya Marhaina Ismail selaku Pengarah Program Kem
Remaja Sinergi 3.0 mewakili semua tenaga kerja Kem Remaja Sinergi 3.0
mengucapkan tahniah kepada para peserta atas kejayaan dalam menghadiri Kem
Remaja Sinergi 3.0. Kami juga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap
sepanjang Kem Remaja Sinergi 3.0. Semoga kita berjumpa lagi di Kem Remaja
Sinergi 4.0. Bagi sesiapa yang belum join, ayuh join Kem Remaja Sinergi 4.0
pula. Rugi kalau tak datang.
Ahad, 25 November 2012
Bagi menghargai permintaan penyertaan KRS yang begitu ramai, dengan sukacitanya kami daripada pihak pengurusan Kem Remaja Sinergi 3.0 berbesar hati untuk membuka lagi 50 penyertaan untuk adik-adik yang berumur 15-18 tahun. Apa tunggu lagi? Jom sertai ramai-ramai selagi peluang masih ada. Cepat, daftar sekarang sebelum 7 Disember 2012.
Khamis, 4 Oktober 2012
KEM REMAJA SINERGI 3.0
Program Kem Remaja Sinergi (KRS) 2012 khas disajikan untuk adik-adik yang berumur 15-18 tahun bagi mengisi cuti hujung tahun ini..
Pelbagai pengisian rohani dan jasmani menanti anda!! Jangan lepaskan peluang mengikuti program anjuran Neo Synergy Training Centre yang pernah mendapat liputan di TV3, Sinar Harian dan juga IKIM.fm.
Rasai keseronokan dan pengalaman luar bisa yang mencabar bersama peserta dari seluruh semenanjung Malaysia dan juga para fasi berkaliber dari universiti-universiti terkemuka negara.
Jadi,apa tunggu lagi? Terhad hanya kepada 200 orang peserta sahaja. Ayuh adik-adik sekalian, sampaikan kepada ibu bapa, sebarkan di sekolah dan ajak lagi kawan masuk menyertainya..^.^..
Berminat sila pm no. yang tertera:
-En. Khozafi 013-595 3110
-Cik Asyidah 019-564 6726
Boleh juga mengisi borang online di blog KRS ya..
Layari : http://kemremajasinergi.
Ok..jumpa di KRS 3.0 ya adik2..InsyaAllah..
Jumaat, 6 Januari 2012
MRSM KOTA PUTRA
Pada 4 Januari 2012, kedatangan wakil dari Neo Synergy Training Centre (NSTC) disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua pelajar Form 2, Form 3 dan Form 5 MRSM Kota Putra (Ulul Albab), Besut Terengganu. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11 pagi dan bertempat di Dewan Besar MRSM Kota Putra yang dihadiri oleh seramai 510 orang pelajar.
Bertajukkan “ Al-Quran Sumber Motivasi”, penceramah berkongsi serba sedikit tentang tips-tips belajar berdasarkan kitab suci Al-Quran. Di samping berkongsi mengenai bagaimana untuk belajar dengan efektif bagi menjamin kecemerlangan akademik, perkongsian tentang sahsiah juga diselitkan sekali supaya para pelajar cemerlang dari segala segi bukan hanya akademik semata-mata. Program ini amat bersesuaian diadakan apatah lagi para pelajar baru sahaja memulakan sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2012 ini supaya semangat untuk kembali belajar dengan bersungguh-sungguh dapat disuntik kembali setelah lama bercuti.
Banyak soalan yang diajukan kepada penceramah mengenai bagaimana kehidupan penceramah dahulu semasa bergelar pelajar sekolah menengah apatah lagi penceramah tersebut merupakan bekas pelajar MRSM Kota Putra. NSTC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput pihak kami untuk memberi sedikt perkongsian kepada para pelajar. Semoga apa yang diperoleh oleh para pelajar dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Kem Siswi Sinergi 2011
Tanggal 8-10 Jun merupakan satu tarikh yang penuh bermakna bagi diriku. Bertempat di Manong, kami berkumpul ramai-ramai untuk mengikuti mukhoyyam nasional atau juga dikenali sebagai Kem Sisiwi Sinergi 2011. Lebih kurang 100 orang peserta dari pelbagai ipt yang join kem ini. Sangat banyak pengalaman dan ibrah yang aku dapat dari kem ini.
Kem ini dimulai dengan aktiviti mempelajari kecemasan daripada akhwat medic. Banyaklah yang tahu tentang apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan berlaku. Dan kami juga belajar bagaimana nak menjahit luka. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan listening walk. Kami dibiarkan sorang-sorang di dalam hutan untuk menguji keberanian dalam diri. Sejujurnya, perasaan aku memang diuji ketika aku ditinggalkan seorang diri dalam hutan pada tengah malam. Aku rela tidak duduk atas tanah kerana takut pacat akan naik. Dahlah aku ni memang anti sangat dengan pacat. Apa yang paling aku dapat kat sini ialah kita sebagai manusia memang tiada tempat lain dah untuk bergantung selain Allah. Maksudnya di sini, secara fitrahnya manusia itu akan kembali kepda penciptanya terutamanya bila dia berada dalam kesusahan. Sebabnya tiada siapa dah yang boleh tolong kita selain Allah. Cuma yang menghalang manusia daripada kembali kepada Allah adalah sikap dia sendiri yang mahu atau tidak.
Keesokan paginya, kami menjalani latihan kecergasan. Ada 9 halangan semuanya yang perlu kami tempoh. Redah sungai, membongkok untuk melepasi terowong, monkey crawl, tangga kambing, memanjat tembok, dawai berduri, meniti atas batang kayu, meniti titian goyang dan satu lagi apatah namanya. Yang bestnye monkey crawl lah. Kalau tak lepas, nasibnya masuk dalam air yang busuk. Dan aku salah seorang yang menjadi mangsanya. Kalu tak silap, dari 80 org peserta yang join, hanya 2 orang akhwat saja yang berjaya lepas.
Aktiviti kemuncak adalah slot petang hari kedua. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan yang besar. Satu hijau dan satu kuning. Kami dikehendaki untuk membincang strategi bagaimana nak melawan pihak musuh. Main perang-peranglah ni. Sebenarnya, game nilah yang paling memberi kesan dalam setiap diri akhwat. Sebabnya kami berpeluang untuk berperang walaupun hanya lakonan. Tetapi walaupun itu hanyalah satu lakonan, kami dapat rasakan pelbagai perasan. Dan aku yang diberi amanah sebagai penglima perang pasukan kuning berasa sangat blurr, kelam kabut dan takut bila melihat pasukan aku diserang dan tenteraku ditangkap. Seriusly, memang sangat takut bila berada dalam situasi ni. Aku dapat melihat, akhwat berperang dengan penuh kesungguhan dan sanggup melakukan apa saja. Ada akhwat yang tercabut kasut semasa sesi tarik-menarik terus mencabut sebelah lagi kerana merasakan itu akan mengganggu jika hanya berkasut sebelah. Patutlah, pada zaman Rasulullah dulu ada sahabat yang terkehel tangannya semasa perang terus mencabut tangannya kerana bimbang itu akan mengganggunya utk perang. Betullah, kalau niat kita betul, kita akan sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan agama. Perang ini bertambah menarik bila ada sebahagian tentera dari kedua-dua belah pihak yang berlakon tercedera. Mereka dah awal-awal lagi dimekapkan oleh urusetia dengan pelbagai kecederaan. Ramai antara kami yang tengah berperang keliru sama ada mereka ini cedera berul-betul atau hanya sekadar lakonan. Ada yang sampai berdarah dan menangis. Rupanya-rupanya itu hanyalah lakonan supaya kami lebih merasai situasi berperang yang sebenarnya. Ada juga sebahagian yang dah dilantik oleh urusetia untuk menjadi pembelot dalam pasukan. Patutlah masa aku bagi arahan kat seorang akhwat ni, dia wat dono je. Rupanya pengkhianat.Ada akhwat juga yang menangis bila tamat perang ni. Bila ditanyakan kepadanya kenapa dia menangis, dia menjawab, “ ana teringat kepada Rasulullah dan para sahabat yang sanggup berkorban apa saja ketika berperang demi menegakkan kalimah Lailahaillah.” Masyallah, perang lakonan ini memang memberi kesan yang mendalam.
Mukhoyyam ini sangat mengajar aku erti kesabaran. Aktiviti yang paling menguji kesabaran aku ialah jungle trekking sejauh 9 km. Wow, inilah jungle trekking yang paling jauh yang pernah aku sertai. Dengan trek yang penuh mencabar. Jalan yang berselut dan perlu mendaki bukit yang tinggi. Bila jalan turun pula yang agak curam dan licin. Tipulah kalau aku cakap langsung tidak letih dengan aktiviti ini. Sebenarnya, permulaan perjalanan pun aku dah pancit. Berkali-kali rasa ingin stop dan give up bermain-main di fikiranku. Tetapi, alhamdulillah aku kuatkan diri dengan meneruskan jungle trekking ini. Semasa mendaki bukit yang tinggi, pelbagai rungutan yang aku dengar. Adalah seorang akhwat berkata, “ cuba bayangkan bagaimana Asma binti Abu Bakar yang mengandung matang mampu mendaki bukit Uhud 2 kali sehari untuk menghantar makanan dan berita kepada Rasulullah SAW dan ayahandanya. Dahlah Bukit Uhud tu curam dan berbatu dan dengan keadaan beliau yang mengandung. Tapi beliau tidak pun merungut untuk melakukan itu malah beliau bahagia kerana dapat membantu Rasulullah dan ayahandanya.” Mendengarkan kata-kata tersebut, terus akhwat bersemangat untuk terus mendaki bukit dan meredah hutan. Dalam perjalanan ini juga, kami dibenarkan untuk mandi di air terjun. Sepanjang perjalanan, pelbagai ciptaan Allah yang dapat kami lihat. Subhanallah, Allah Maha Besar menciptakan segala-gala. Ada yang langsung kami tak pernah lihat. Dan yang paling pelik kali ni, aku tidak lagi menjerit bila melihat pacat. Kalau sebelum ni akulah juara penakut pacat. Mungkin sebab jungle trekking ni terlalu juah. Jadi aku rasa aku dah penat nak menjerit bila melihat pacat. Cuba bayangkan kalau aku still lagi berperangai seperti itu. Alamaknya, sepanjang perjalanan hanya mendengar aku menjerit jelah sepanjang 9 km tu.
Selepas selesai kami jungle trekking, kami tidak lagi dibenarkan berehat. Ada lagi aktiviti selepas itu iaitu river crossing dan flying fox. Wow, agaknya badan ni dah tak sempat nak rasa letih. Yang bestnya nilah kali pertama kau river crossing pakai tali gantung. Aktiviti ini memerlukan fokus yang tinggi dan kesimbangan yang baik. Bila tiba giliran aku untuk mencuba, aku agak cuaklah. Langkah-langkah awal masih ok, tapi bila dan kat tengah-tengah tu dah hilang fokus. Ditambah lagi dengan suara daripada pelatih yang asyik memekik, “jaga kaki, jaga tangan.” Aku yang dah tak boleh fokus dah dan serabut dengan suara itu akhirnya mengambil keputusan utuk terjun je dalam air.
Pada pukul 3 petang hari Ahad, mukhoyyam nasional ini selesai. Semua sudah bersiap-siap untuk pulang ke ipt masing-masing. Walaupun terlihat riak-riak kelihatan pada setiap wajah akhwat, namun semuanya mengukir senyuman kepuasan kerana berjaya menjayakan mukhoyyam nasinal ini. Sebelum bertolak pulang, kami sempat bersalam-salaman dan menangkap gamabr sebagai kenangan.
Langgan:
Catatan (Atom)