Memang sudah menjadi lumrah setiap insan mudah terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Beruntunglah bagi siapa yang memperoleh sekeliliing yang baik dan begitulah sebaliknya. Kita biasa mendengar mungkin daripada teman terdekat kita atau bahkan mungkin daripada adik-beradik kita yang ada insan menyalahkan kawannya apabila dirinya sendiri terlibat dalam surrounding yang tidak baik. Contohnya, dulu dialah paling awal datang ke surau ketika masih di bangku sekolah. Tetapi, bila saja melangkah ke alam universiti dialah yang paling lambat bangun untuk solat Subuh. Mulalah dia memilih salah seorang daripada kawan-kawannya untuk ditunding jarinya. Sedarlah kawan ketika kamu menunding satu jari kepada orang lain, empat lagi jari menghala ke arahmu. So, salah siapa sekarang?
Sebenarnya, tanpa kita sedari diri kita sendirilah yang patut disalahkan apabila kita tersalah pilih kawan. Siapa suruh ko kawan dengan mat rokok tu? Siapa suruh ko kawan dengan minah rempit tu? Di sinilah pentingnya kita memilih surrounding yang baik. Pilihlah kawan yang sentiasa mengajak kita kepada kebaikan. Pilihlah kawan yang sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah. Bukannya kawan yang hanya ingin menumpang kebahagiaan kita tetapi bila kita ditimpa musibah dialah orang pertama yang buat-buat tak kenal kita.

Sebenarnya tak menjadi masalah jika kita nak berkawan dengan semua orang. Yang menjadi masalahnya bila tersilap pilih sahabat. Saya selalu mendengar “ kita boleh bergaul tapi jangan bercampur.” Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut? Ertinya kita boleh berkawan dengan sesiapa saja yang kita suka tak kiralah yang pakai tudung, free hair, yang couple, yang tak couple, yang tengok movie atau tidak tapi jangan tercampur atau terpengaruh dengan perbuatannya yang kurang elok itu. Kita kena menjaga hubungan dengan semua orang supaya kawan-kawan kita yang mungkin tidak tahu atau buat-buat tak tahu tentang maksiat dan kesalahan yang dibuatnya akan berasa malu bila bersama kita dan pada masa yang sama kita memberinya kefahaman baik dari segi kata-kata atau menunjukkan tingkah laku yang baik.

Sebenarnya, sangatlah rugi kalau kita tidak pandai memilih orang untuk dijadikan teman baik. Carilah sahabat yang boleh menjadi sahabat kita dunia dan akhirat. Sahabat yang sama-sama mengajak ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Sahabat yang sama-sama tersenyum bila kita gembira dan sama-sama menangis bila kita ditimpa musibah. Bila kita berjaya mencari sahabat seperti ini, subhanallah alangkah indahnya ukhuwwah bersandarkan keimanan.
stuju,,stuju,, biarlah di mana diri diletak, yg penting iman dan islam ditegak :)
BalasPadam