Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki di dunia baru di salah sebuah universiti yang boleh dikatakan gah pada pandangan masyarakat Malaysia. Kebetulan, hari pendaftaran untuk pelajar baru bagi sesi Januari 2009 jatuh pada hari yang sama dengan hari lahir aku. Nampaknya, ini merupakan hadiah hari lahir yang terbesar dalam hidup aku. Dalam sibuk-sibuk menyiapkan diri untuk bertolak ke universiti, ahli keluargaku sempat juga mengucapkan “Selamat Hari Lahir” kepadaku. Cuma aku terkilan sedikit kerana abang aku tidak dapat turut sekali menghantar aku buat pertama kali ke universiti ini kerana dia ada urusan penting yang perlu dibereskan. Padahal, selama ini abangku yang banyak membantuku sehingga aku berjaya seperti sekarang. Selain ibuku, dialah orang yang paling gembira dengan kejayaanku.
Sesi pendaftaran sudah berlalu dan keluarga yang mengiringi aku ke universiti ini mula beransur-ansur untuk pulang. Aku menangis kerana akan berpisah dengan keluarga tersayang. Apatah lagi ini merupakan kali pertama aku belajar di luar negeri tercinta walaupun sudah lima tahun aku menjalani hidup di asrama. Sebelum pulang, ayah sempat mengusapku sambil memberi kata-kata semangat supaya diri ini kuat berada di tempat orang. Aku hanya mengiyakan apa yang diperkatakan oleh ayah walaupun aku masih kabur dengan realiti sebenar hidup di universiti. Tambahan pula, aku hanya seorang diri tanpa kehadiran teman-teman baikku.
Minggu aluan siswa bermula. Walaupun penat dengan pelbagai aktiviti tetapi aku gembira kerana berjumpa dengan ramai kawan baru. Satu perkara yang menghairankan aku adalah walaupun pertama kali berjumpa dengan kawan baru, hubungan kami cepat benar terjalin seperti dua orang teman baik yang sudah lama berpisah bertemu kembali. Yang aku dapat simpulkan di sini, pelajar-pelajar di sini semuanya ramah-ramah dan senang untuk dibuat kawan.
Kelas bermula dan aku sudah menanam azam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Pada suatu malam, ketika aku tengah khusyuk belajar, datang seorang kakak mengajakku ke laman tengah asrama untuk membaca al-Mulk. Aku hanya mengikuti. Perkara ini terus berlaku beberapa malam sehingga dia mengajakku untuk mengikuti taklim. Taklim? Apa itu? Tak pernah aku mendengarnya sebelum ini. Seperti biasa aku hanya mengikuti. Lama-kelamaan hati ini semakin tertarik dengan majlis ilmu tersebut. Dengan mengikuti taklim ini, aku dapat merasakan diri ini semakin berubah kepada yang lebih baik.
Ternyata, apabila diri ditarbiyah rupa-rupanya banyak lagi perkara tentang Islam yang aku belum faham walau pun diri ini Islam pada namanya. Aku tidak mahu hanya ada Islam pada namanya. Aku ingin Islam menjadi cara hidupku. Oleh itu, perlahan-lahan aku ubah diriku. Aku mula menutup auratku dengan sempurna (24:31). Aku mula memakai sarung tangan dan sarung kaki yang biasa dilupakan oleh kaum wanita untuk menutupnya walhal pergelangan tangan dan kaki turut dikira sebagai aurat. Aku mula meninggalkan karat-karat jahiliyah seperti menonton ‘movie’, bermain ‘games’, mendengar lagu yang langsung tidak membawa apa-apa makna bahkan menambahkan titik-titik hitam di hatiku (3:14). Dan alhamdulillah, diri ini mula rasa nikmatnya hidup bertuhankan Allah (3:15). Kadang-kadang aku kalah juga dengan hasutan syaitan dan bisikan nafsu yang menggodaku untuk kembali kepada diri yang lama. Walhal tipu daya syaitan itu lemah (4:76). Aku kecundang dan ada juga aku kembali menonton filem, mendengar lagu dan bermain ‘games’. Mungkin hubungan antara aku dengan Rabbku belum kukuh lagi sehingga masih ada ruang untuk syaitan menggodaku. Sekarang aku cuba sedaya upaya untuk tidak mendengar bisikan syaitan itu. Aku meningkatkan mutabaahku supaya aku semakin dekat dengan Allah Taala sehingga aku mampu menangkis rayuan palsu daripada syaitan.
Selepas sekian waktu aku ditarbiyah, kini giliran aku pula untuk menyebarkan fikrah islamiah dalam kalangan masyarakat (66:6). Rupa-rupanya jalan dakwah ini bukanlah segampang yang disangka. Banyak yang perlu dikorbankan. Jiwa, harta, masa, tenaga dan macam-macam lagi perlu dikorbankan untuk meraih cinta Sang Pencipta (9:24). Apatah lagi diriku yang bergelar sebagai seorang mahasiswa. Waktu untuk belajar agak terhad sekarang. Benarlah wahyu yang diturunkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW dalam surah al-Ankabut ayat dua. Tidak apalah kerana pasti mahal harga perdagangan yang aku jalankan dengan Allah ini (9:111). tTdak apalah. Memang sunnatullah. Apabila diri sudah berada dalam jalan ini, memang perlu mengharungi onak dan duri. Insyallah, walaupun kaki berdarah atau terluka terpijak onak dan duri, diri ini tidak akan berpaling. Apabila aku hampir tunduk dengan ujian itu, aku ingatkan diriku. Allah berikan aku ujian ini sebab Dia sayangkan aku. Malahan Nabi Muhammad, kekasih Allah pun diuji (2:214). Inikan pula aku yang hanya seorang insan biasa. Dia mahu tingkatkan darjatku di sisi-Nya. Jadi, mengapa aku hendak mengeluh atau kecewa dengan ujian yang Allah turunkan untuk hamba-Nya ini. Bahkan, setiap ujian yang Allah berikan merupakan anugerah supaya hamba-Nya kembali mengingati-Nya.
Aku cuma berharap kepada Allah Taala agar kuatkan diriku supaya aku tidak sekali-kali berfikir atau terdetik di hatiku untuk kembali kepada diri aku yang dulu. Biarlah aku ditarbiyah untuk selama-lamanya, bukan hanya untuk sehari, setahun atau semasa belajar sahaja. Pentingnya tarbiyah supaya diri sentiasa dingatkan kerana manusia sentiasa mudah lupa.
syabas ukhti...
BalasPadamana suka coretan ukhti..
ia juga mengingatkan ana pd masa lalu..
smg ukhti terus istiqamah di jalanNya
amin..
"Aku cuma berharap kepada Allah Taala agar kuatkan diriku supaya aku tidak sekali-kali berfikir atau terdetik di hatiku untuk keluar dari jalan dakwah yang insyallah tinggi nilainya di sisi Allah Taala. Kalau itu terjadi, alangkah ruginya aku (47:38). Biarlah aku ditarbiyah untuk selama-lamanya, bukan hanya untuk sehari, setahun atau semasa belajar sahaja."
BalasPadamAmin.. insyaAllah. sama-sama doa ya ukht marha. Moga terus istiqomah dan istimrar di jalan Allah.
Nice entry!!
Keep it up girl.
Alhamdullilah, lahir nya seorang lagi pena dakwah di bumi Allah ini.
BalasPadamIkhlaskan niat hanya untuk Dia ukhti.
Infiru !!
syukran ya ukhti semuanya atas komen yang membina kepada ana...
BalasPadamsemoga kita sama-sama setia dalam jalan ini..insyallah..
amin..
MA,ak terharu....mu tolonglah ak sekali yer.....ALHAMDULILLAH....ak dapat bestfren macm mu..hahahha
BalasPadamsalam duhai sahabatku Athirah binti Zanal...
BalasPadaminsyallah aku akan tlg walaupun secara jarak jauh...
terharu baca entry ni..sama seperti yg berlaku pada ezan sekarang ini..semoga ezan kuat seperti kak marha dan juga akak2 yg lain....ya,jln dakwah bukanlah mudah..penuh dgn perkara yg dibenci nafsu....semoga kite tidak berpaling dan berpatah balik ke zmn jahiliyah yg penuh dgn nikmat dunia yg sementara....
BalasPadaminsyallah...kita saling menguatkan antara satu sm lain.. itu sbb pentingnya ukhuwah antara kita...
BalasPadammmg jln ke syurga penuh dgn onak dan duri tp jln ke neraka penuh dgn keseronokan...
Smoge kita diredhai Allah...amin Ya Rabb
puteri marha..
BalasPadammana post putrichempaka b4 ni?huhu3...
duhai kekanda putri cempaka....
BalasPadamsesungguhnya adinda puteri marha x mengerti...
post yg manakah yg dimaksudkan oleh kekanda puteri cempaka??