marhaina
engkau bakal pejuang
engkau bakai pembela
engkau bakal serikandi di medan agama
lantas kerana itu
kau diuji
marhaina
seorang srikandi legenda pernah menatang api pada malam hari
kerana ia mahu membakar syurga!
bukan kerana ia benci
tp kerana ia mahu cinta Allah semata-mata
bukan syurga!
marhaina
Dia bersumpah
takkan diberatkan hamba-Nya
kalau bukan pada takaran kesanggupannya
dari itu
helalah nafasmu
kerana Dia lebih tahu
siapa dirimu
dan kerana Dia mahu cinta dari hatimu
Dia memberi ujian padamu....
bukan Dia zalim
tp Dia sayang padamu.........
kerana semua ciptaan-Nya, adalah milik-Nya
marhaina
dalam tangismu
dalam rindumu pada ibumu
gugur saki baki hitam dalam sejarah silammu
dalam tabahmu menanggung pedih
ada kekuatan dan hikmah pada insan lain
marhaina
tak tertakdir sesuatu melainkan kerana hikmah
dan kau telah menjadi guru pada kami yang alpa
kerana suatu masa
kami juga akan merasai kehilangan
maka marhaina
kekuatanmu kali ini
ada sumber untuk kami kuat juga nnti.. insyaAllah..
marhaina
aku yg berbicara ini
belum tentu faham akan apa yang ada di sudut hati sana
yang merasai
yang menanggung
dan kehilangan
cuma.....
aku menjalankan tugasku
sbg insan
bernama sahabatmu
doakan juga kekuatan untukku
andai duga ini jatuh padaku kelak.....
Isnin, 1 November 2010
Selasa, 26 Oktober 2010
Ajarkan Aku Tentang Cinta-Mu
ajarkan aku tentang cinta
ajarkan aku tentang rindu
biar hatiku dekat denganMU
merasa denyut nadi
merasa hembusan nafas
yang mengalirkan cinta di dalamnya
kian ku leka
cintaMu datang kepadaku
kian ku lelah
rinduMu memujukku
hadirkan rasa itu
supaya aku tidak betah lagi
tergoda dengan cinta yang lain
cinta sang kumbang
cinta sang arjuna
cinta sang pria
cinta yang melelahkan
tiada lagi dalam hatiku
noktah buat selamanya
ajarkan aku tentang rindu
biar hatiku dekat denganMU
merasa denyut nadi
merasa hembusan nafas
yang mengalirkan cinta di dalamnya
kian ku leka
cintaMu datang kepadaku
kian ku lelah
rinduMu memujukku
hadirkan rasa itu
supaya aku tidak betah lagi
tergoda dengan cinta yang lain
cinta sang kumbang
cinta sang arjuna
cinta sang pria
cinta yang melelahkan
tiada lagi dalam hatiku
noktah buat selamanya
Special dedication from my beloved akhowat to me...
Isnin, 4 Oktober 2010
Dear Akhwat
Dear Akhwat,
You are as bright as sunshine,
As you always smile to me.
You are as loving as flower,
As you always give me love.
You are as hard as mountain,
As you always give me strength.
You are as soft as marsh mellow,
As you always kind to me.
You are as caring as a mother,
As you always beside me to hear my feelings.
You are as clear as water,
As you always bring me to the right path.
Dear Akhwat,
Please forgive me if I have done anything wrong to you,
I apologize you,
Forever I thank you to Allah because Allah sent you to me,
I hope that Allah will always gives His barakah to us forever and ever.
I hope that we will be together here and His heaven,
Insyallah......
You are as bright as sunshine,
As you always smile to me.
You are as loving as flower,
As you always give me love.
You are as hard as mountain,
As you always give me strength.
You are as soft as marsh mellow,
As you always kind to me.
You are as caring as a mother,
As you always beside me to hear my feelings.
You are as clear as water,
As you always bring me to the right path.
Dear Akhwat,
Please forgive me if I have done anything wrong to you,
I apologize you,
Forever I thank you to Allah because Allah sent you to me,
I hope that Allah will always gives His barakah to us forever and ever.
I hope that we will be together here and His heaven,
Insyallah......
Selasa, 28 September 2010
Kaulah Kawan, Teman dan Sahabat....
Eisya : slm. Dhuha,ok ke?
Dhuha : wassalam. knp akak tanye mcm tu?
Eisya : xde.nampak mcm tertekan je dari jauh.
Dhuha : ade problem ngn study skit. result exam truk sgt2.
Eisya : oo.brp?
Dhuha : biology D, english C, anatomy C. sy pun xtau lah knp truk sgt.
Eisya : xpe.start to trust yourself, dear...
looking ahead and dream big :)
and knowing that in order to achieve that dream...
you have no choice but to be your best..
not perfect..
but doing your best...
and sometimes we do fail...
we fall
we stumble
but we could always stand up again.
looking ahead and dream big :)
and knowing that in order to achieve that dream...
you have no choice but to be your best..
not perfect..
but doing your best...
and sometimes we do fail...
we fall
we stumble
but we could always stand up again.
we could always!
Dhuha: honestly, it's very hard to accept it
but i try to be tawakal
as it comes from Allah
surely this is the best for me
maybe my effort is not enough
that's why Allah tested me like this
i trust in Allah
Allah will always help me
from now and forever i will try my best
Allah always will help me
i believe in it
and then
what ever it is i will accept it as i have try my best
i still have time to do my best
insyallah
tq for concerning on me
i don't know how my face looks like
as u can notice it
from far
must be bad, right?
Eisya : haha
xde la. alhmd, allah give you the confidence not to give up.allah give you the confidence to aLWAYS STAND UP AGAIN AFTER FALL.not many strong like you!
Dhuha : alhamdulillah. lupe nak tanyer. akak nmpk sy kat mn?
Eisya : nampak dlm mimpi kot
haha
Dhuha : tipu lah
Eisya : lastly, promises me, that you'll be strong like you always do
Dhuha : insyallah. U also have to promise me that u always must with me
to give support...
Eisya : amin.insyaAllah
Jumaat, 3 September 2010
Aku Dan Dia, Hanya Kawan???
Dhuha : Saya tengok Era sekarang selalu tak ada kat bilik. Bila saya datang bilik roommate Era selalu cakap yang Era keluar. Ke mana sebenarnya?
Era : Oh, saya jumpa kawan.
Dhuha : Kawan? Yang mana satu? Rasanya semua kawan Era saya tahu.
Era : Alah, kawan saya yang tulah.
Dhuha : Kawan lelaki ke perempuan?
Era : Err....kawan le..lelaki.
Dhuha : Sejak bila pula Era berkawan dengan lelaki tu?
Era : Tiga sem lepas dah.
Dhuha : Dah lama tu. Kenapa sebelum ni saya tak tahu pun?
Era : Alah, saya kawan biasa je kot. Buat apa nak bagitahu.
Dhuha : Kalau kawan biasa kenapa nak berahsia dengan saya. Sedangkan sebelum ni Era tak pernah sembunyikan apa-apa pun daripada saya.
Era hanya diam.
Dhuha : Sebenarnya kan dah banyak kali orang cakap kat saya tentang Era dengan lelaki tu. Tapi, saya buat tak tahu sebab saya tak tengok dengan mata kepala saya sendiri. Ternyata berita itu benar. Semalam saya nampak Era berdua dengan lelaki tu. Cuma saya yang tak tegur direct kat situ. Tapi, itu tak bermakna saya sokong apa yang Era buat. Saya sungguh kecewa dengan Era walaupun saya tak ucapkan depan Era. Era tahu tak kalau seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, yang ketiganya siapa? Syaitan. Masa tulah syaitan mulakan kerja jahatnya menghasut dua orang anak Adam ini melakukan maksiat.
Era : Kami tak buat apa-apa pun. Makan-makan dan jalan-jalan je. Kami pun bukannya couple.
Dhuha : Tak kisah lah apa yang kamu berdua buat. Yang pentingnya, kita tak boleh keluar berdua-duaan macam tu. Lagi satu, couple ni tak semestinya kite declare dulu yang kita couple baru dikira kita bercinta. Kalau tingkah laku dan perbuatan kita seperti orang yang bercouple, itu pun dikira couple. Contohnya, saling bertukar hadiah, selalu chatting, selalu call, selalu bersama ketika makan, pergi kelas, belajar atau apa-apa jelah. Sama tak perbuatan tersebut dengan orang yang bercinta.
Era : Kami cuma ingin lebih mengenali antara satu sama lain je. Sebab tu kami selalu bersama.
Dhuha : Maknanya betullah kan yang kamu berdua bercinta?
Era hanya diam.
Dhuha : Orang yang bercouple ni kalau kata nak saling mengenali, tak yah pakailah konsep tu.
Era : Kenapa?
Dhuha : Sebab guna emosi dan nafsu untuk saling mengenali. Bukannya guna akal dan hati. Sebab tu tak hairan bila kita dengar ada kes bercinta 5 tahun tapi kahwin tak sampai setengah tahun. Kenapa? Sebab tulah. Masa bercinta banyak guna emosi dan nafsu. Tak kenal betul-betul. Masa kahwinlah baru kita tahu rupa-rupanya pasangan kita ni panas baran. Tapi masa bercinta dulu pijak semut pun tak mati.
Era : Kalau dia betul cintakan saya, dia takkan buat macam tu kat saya kan?
Dhuha : Macam mana Era boleh begitu yakin dengan cinta lelaki tu?
Era hanya menjungkitkan bahunya.
Dhuha : Era tak pernah terfikir ke kalau dia berani bercinta dengan Era, macam mana Era boleh yakin yang dia tak kan buat perkara yang sama dengan perempuan lain?
Sekali lagi Era terdiam.
Dhuha tersenyum sebelum menyambung bicaranya.
Dhuha : Era, kalaulah kita dah buat sesuatu yang Allah larang sebelum kita kahwin, macam mana rumahtangga kita dengan dia akan bahagia kelak? Kalau sesuatu perkara dah dimulakan dengan kemungkaran bagaimana kehidupan kita yang seterusnya? Era faham maksud saya.
Era : Tak.
Dhuha : Macam ni. Kalau kita dah bercouple dengan seseorang lelaki dan kita kahwin dengan dia. Kemungkinan besar akan berlaku pergaduhan atau sesuatu yang buruk antara kita dengan pasangan kita kerana kita dah buat maksiat dengannya sebelum kita kahwin. Mungkin juga dia akan main kayu tiga di belakang kita sebab dia berani bercouple dengan kita dulu dan tak mustahil dia akan mengulangi lagi selepas berkahwin. Kalau dia tak buat pun mungkin masalah itu berpunca daripada kita pula. Contohnya, kita curiga dengan dia kot-kot dia ada perempuan lain kat belakang kita. Masa itu, syaitan lagilah mencucuk jarum supaya kita bersangka buruk kat dia sehingga berlakunya pertelingkahan. Kan couple tu dilarang oleh Allah sebab couple ini boleh mendorong kepada zina. Boleh tengok dalam surah al-Israk ayat 32. Yang pelik tu, ada juga sebahagian yang bercouple sebab saja-saja. Kes seperti ini lagi parah. Aduh, kesian sungguh kat orang seperti ini. Boleh manusia seperti ini saja-saja nak tambah saham dosa sebagai bekalan untuk berjumpa dengan Allah nanti. Tak takutkah mereka saja-saja melanggar perintah Allah? Macam hobi pula. Buat main-main. Bila rasa nak buat, buat. Bila tak nak, tinggalkan. Cuba tengok masyarakat sekarang. Zina, bersekedudukan, buang bayi. Itu semua dah dianggap ringan oleh masyarakat sebab banyak sangat kes macam tu berlaku sekarang. Agak-agak Era kenapa kes-kes seperti ini boleh berlaku?
Era : Couple ke?
Dhuha : Betul tu. Salah satu sebabnya adalah couple selain iman yang kurang mantap kepada Allah. Sebab tu Allah kata jangan hampiri zina, bukan jangan buat zina dalam ayat tadi kerana kalau dah berzina sangat buruk padahnya. Zina ni pula bukannya terbatas pada hubungan seks semata-mata. Dengan mata, telinga, tangan, hati, mulut dan kaki pun boleh juga.
Era : Macam mana tu?
Dhuha : Zina mata bila kita melihat bukan mahram kita. Zina telinga bila kita mendengar kata-kata cinta yang melalaikan atau perkara yang tak sepatutnya. Ini termasuk kita telefon kekasih kita untuk mengungkapkan kata-kata rindu. Kononnya. Zina tangan bila kita menyentuh. Zina kaki bila kita berjalan untuk berdua-duaan dengannya. Zina mulut bila kita berbicara cinta dan paling bahaya adalah zina hati iaitu kita menginginkan atau membayangkannya.
Era : Sampai macam tu sekali?
Dhuha : Zina hati yang bahaya tu. Apa yang kita buat asyik teringat kat dia je. Sampaikan dalam solat pun terbayangkan dia , bukan Allah. Sebab tulah kita kena jaga maruah kita sebagai seorang muslimah. Jangan mudah terpedaya dengan janji kosong orang lelaki ni. Sepatutnya kita serahkan cinta kita kepada Allah yang menciptakan kita, bukannya kepada insan yang kita tidak tahu hatinya yang sebenar. Alangkah ruginya kalau kita letakkan cinta kita kat tempat yang salah.
Era : Terima kasih Dhuha sebab dah sedarkan saya. Rugi dan bodohnya saya.
Dhuha : Alhamdulillah kalau Era dah sedar. Era sangat beruntung kerana Allah masih bagi peluang kat Era.
Era menggenggam erat tangan Dhuha.
Era : Terima kasih Dhuha.
Mereka berpelukan. Senyuman Era tiba-tiba berhenti.
Era : Dhuha.
Dhuha : Kenapa?
Era : Toleh belakang. Betullah apa yang awak cakap. Bodoh betul saya kerana percaya kat dia hidup-hidup.
Era melangkah ke hadapan sambil diperhatikan oleh Dhuha.
Era : Ini kerja you belakang I, Zack.
Zack yang sedang berpegangan tangan dengan seorang perempuan terkejut besar.
Zack : Era.
Era : Nah, ambil balik cincin you ni sekali dengan cinta palsu dan bodoh you ni. Lepas ni jangan you berani kacau I lagi.
Era melempar cincin itu tepat atas muka Zack lalu berpaling dan berjalan menuju ke arah Dhuha. Era tersenyum puas. Tidak pernah dia rasa sebahagia ni. Era dapat rasakan yang dia lebih bahagia tatkala berpisah dengan Zack daripada mula-mula menyulam cinta dengan lelaki tak guna itu. ‘ Terima kasih Ya Allah kerana menunjukkan aku jalan yang benar.’
Dhuha : Cinta Allah tidak pernah mengecewakan. Tapi cinta manusia...
Era : Berbolak-balik.
Dhuha : Jom kita pulang.
Era : Jom.
Sabtu, 28 Ogos 2010
Mahabatullah
Andai kata kita mencintai seseorang, pasti kita sanggup melakukan apa saja untuk dia supaya dia sentiasa bahagia, selesa dan senang di samping kita. Memang itu lumrah cinta. Sanggup berkorban apa saja untuk yang dicintai. Sebelum itu, cuba kita tengok adakah betul cinta kita tersebut? Adakah kita sudah meletakkan cinta kita yang paling utama di tempat yang benar? Adakah kita sudah menyerahkan cinta kita kepada Sang Khalik yang Maha Mengasihani hamba-Nya walaupun hamba-Nya selalu melupakan-Nya. Jikalau cinta itu sudah bertemu dengan Cinta Segala Cinta alangkah indahnya. Alangkah nikmatnya terasa hidup ini sehingga kita berasa tidak sabar untuk berhadapan dengan Sang Pencipta. Sehinggakan segala nikmat dunia tidak dihiraukan. Harta, darjat, dan pangkat tidak menggugat cinta yang suci kepada Sang Khalik.
Ada yang mendakwa bahawa dia sudah memberikan cintanya kepada Allah Taala. Memang senang untuk melafazkan cinta. Tetapi, sangat sukar bila hendak dibuktikan. Samakah apa yang dilafaz oleh bibir dengan detakan hati? Serentakkah alunan kedua-duanya? Benarkah seluruh hati, jiwa dan raganya sudah menjadi kepunyaan Allah sepenuhnya? Tanpa ada sedikit ruang untuk makhluk selain-Nya? Cuba kita tanya pada diri kita betulkah aku memang mencintai Allah sepenuh jiwa. Perhatikanlah tanda-tanda mencintai Allah mengikut syariat. Jika semua lulus insyallah betullah kita memang mencintai-Nya.
Yang pertama, jika kita benar-benar mencintai Allah adakah kita banyak berzikir kepada-Nya? Adakah setiap denyut nadi kita hanya bertasbih kepada Allah? Adakah setiap pergerakan kita dimulai dengan nama Allah (3:191)? Adakah air mata kita akan bercucuran tatkala mendengar ayat-ayat cinta daripada Allah? Adakah hati kita akan gementar tatkala mendengar ayat-ayat-Nya (8:2)? Padahal Allah sudah berfirman yang hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenteram (13:28). Tidak hairanlah mengapa kebanyakan orang yang berharta tidak menemui kebahagiaan kerana mereka terlalu percaya kepada teori wang penjamin kebahagiaan. Cuba kita tanya kepada orang yang mempunyai pangkat tinggi, kereta mewah, banglo bertingkat-tingkat, adakah mereka benar-benar bahagia? Memang tidak salah untuk mencari harta bahkan itu yang dituntut oleh agama Islam kita supaya harta itu disalurkan untuk fisabilillah. Tetapi, janganlah kerana terlalu sibuk mengejar harta menyebabkan kita lupa kepada Zat yang Maha Berkuasa. Kalau kita tengok sirah para sahabat, ramai sahabat Rasulullah SAW yang kaya-raya seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain. Mereka tidak pernah tergoda dek harta yang banyak itu malahan sanggup menginfakkan semua harta mereka untuk jalan Allah. Ingatlah, pencinta Allah ialah insan yang hatinya tak pernah berhenti berzikir kepada Allah, lisannya tidak pernah berhenti menuturkan nama-nama Allah yang Maha Sempurna (7:180).
Si pencinta Allah sangat takjub kepada kebesaran, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah Taala. Cuba kita perhatikan alam di sekeliling kita (67:3-4). Langit, bumi, sungai, lautan, haiwan dan seluruh alam semesta ini. Kejadian malam dan siang yang teratur (25:47). Adakah semua itu terjadi dengan sendiri, tanpa pencipta? Kalau orang yang mempunyai akal yang sihat, dia tidak akan sekali-sekali berkata seperti itu. Bahkan kita nak minum secawan kopi pun kena buat sendiri dulu, baru boleh minum. Takkan alam semesta yang tidak ada had ini terbentuk dengan sendiri (57:4). Sehingga kita mampu berasa gerun bila terdampar di gurun yang gersang dan berasa harmoni apabila melihat indahnya kuntuman bunga yang mengharum. Itulah hebatnya ciptaan Sang Pencipta sehingga mampu menghidupkan perasaan yang berlainan dengan setiap ciptaan-Nya. Hati yang mencintai Allah akan turut berasa gerun dengan kekuasaan Allah sehingga kita takut untuk bermaksiat di hadapan Allah yang tak pernah lengah terhadap sesuatu.
Ujian dan musibah memang menjadi asam garam dalam kehidupan untuk menguji manusia siapa yang lebih baik amalannya (67:2). Manusia selalu memandang ujian itu di sisi yang buruk. Kematian, kehilangan harta benda, kemalangan, bencana alam selalu dikaitkan dengan ujian kerana itu adalah malang di mata manusia. Padahal, setiap musibah yang berlaku adalah disebabkan oleh tangan manusia sendiri (42:30). Ujian itu bukan di sisi yang buruk saja. Harta, kecantikkan, kebijaksanaan juga merupakan ujian kepada kita untuk menguji sejauh mana kita menggunakan nikmat itu untuk mencari keredhaan Allah Taala. Sebenarnya ujian itu merupakan anugerah yang Allah kurniakan kepada kita supaya kita kembali ingat kepada-Nya. Ujian itu juga sebenarnya meningkatkan darjat kita di sisi Allah Taala. Tetapi, itu pun dengan syarat kita redha dengan setiap ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita (2:156). Dengan syarat kita tidak menyalahkan takdir untuk setiap perkara yang berlaku. Kita ambil peluang atas setiap yang berlaku dengan memikirkan hikmah di sebaliknya. Kan setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Setiap kejadian Allah tidak pernah sia-sia. Ujian itu akan memudaratkan kita jika kita tidak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Dua kerugian di sini. Yang pertama, kita rugi kerana tidak berlapang dada untuk menerima ujian itu dan seterusnya kita rugi sebab kita tak menggunakan hati dan akal kita untuk memikirkan serta mengambil hikmah di sebaliknya. Jadi, hikmah tersebut lari meninggalkan kita. Jangan pula kita mengambil kesempatan dengan hanya menerima ujian itu semata-mata tanpa mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ingat konsep berusaha, berdoa dan bertawakal. Insyallah, hidup akan menjadi lebih bererti.
Cinta memerlukan pengorbanan. Itu memang orang sudah tahu. Oleh itu, jika kita sudah melafazkan kata-kata cinta kepada Allah, kita perlu berkorban untuk-Nya. Berkorban melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang selalu ingin menarik kita jauh daripada limpahan cahaya Allah. Berkorban untuk menginggalkan karat-karat jahiliyah yang masih berbaki di hati. Berkorban jiwa, harta, masa dan tenaga dalam menyebarkan dakwah untuk diri kita yang utamanya dan seterusnya kepada orang di sekeliling kita (66:6). Jangan rasa rugi untuk berinfak di jalan Allah (9:98). Takkan kita nak masuk syurga seorang diri dengan membiarkan ibu, bapa, kakak, abang, adik, kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara kita yang lain terkontang-kanting dengan hidup mereka yang masih kabur dalam mencari cahaya. Ingatlah, sesungguhnya perkataan yang lebih baik adalah yang menyeru kepada Allah Taala (41:33).
Cinta kepada Allah mendorong kita untuk takut dan berharap hanya kepada-Nya (21:90). Rasa takut kepada-Nya mendorong kita untuk mengikuti setiap perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya tanpa mempertikaikan mengapa kita perlu buat begitu dan tak boleh buat begini (59:18). Allah kan Maha Mengetahui. Mestilah Dia tahu yang mana terbaik untuk kita (2:216). Kita hanya seorang hamba. Memang sunatullah kita perlu mengabdikan diri kepada Pemilik kita. Rasa berharap juga mendorong kita supaya hanya menyandarkan harapan kita kepada Al-Somad. Hanya Allah yang kita yakin segala doa kita akan diperkenankan. Tengok tu, walaupun diri kita serba kekurangan Allah tetap baik dengan kita dengan memperkenankan doa kita (2:186). Bahkan ada yang kita dapat dulu sebelum minta kepada-Nya. Ada juga kita dapat lebih daripada apa yang diminta. Memang nikmat Allah langsung tidak boleh dihitung (14:34). Terlalu banyak Dia bagi kepada kita. Jadi, nikmat Allah yang mana yang kita dustakan (55:13)? Kalau kita bersyukur akan nikmat Allah dan menggunakan untuk mencari keredhaan-Nya, Allah akan tambahkan lagi (14:7). Padahal siapalah kita di depan-Nya. Adakah ini belum cukup untuk kita mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada Sang Khalik? Dan kita juga jangan lupa apa akibatnya jika kita tidak menggunakan nikmat Allah di jalan yang betul (7:179).
Tanda cinta kita kepada Allah dapat dibuktikan dengan kita taat kepada-Nya (4:80). Macam mana kita nak taat kepada Allah? Kan Allah sudah menghantar contoh tauladan yang terbaik untuk kita (33:21). Kita ikutlah apa yang Nabi Muhammad SAW buat dan ajarkan kepada kita. Kalau kita taat kepada Rasulullah SAW bermakna kita juga taat kepada Allah. Dan apabila kita taat kepada Allah dan Rasul, itu membuktikan bahawa kita memang mencintai Allah dan Rasul kita (3:31). Ingatlah, sesungguhnya kami dengar dan kami taat (2:285). Kadang-kadang kita juga melakukan kesalahan kerana kita hanyalah seorang insan biasa yang tidak terlepas dengan kelemahan diri. Oleh itu, kita perlulah bersegera bertaubat tatkala melakukan maksiat kerana ajal datang tidak menyapa. Mana tahu dalam kita bertangguh untuk bertaubat, tiba-tiba kita didatangi Malaikat Izrail. Alangkah ruginya kita jika nyawa sudah di kerongkong tapi tak sempat untuk menuturkan kata-kata taubat kepada Allah (32:21).
Oleh itu, marilah kita sama-sama membersihkan hati kita supaya hanya Allah Maha Esa sahaja yang bertakhta di hati kita. Serahkanlah cinta suci hanya kepada-Nya. Ingatlah Rasulullah Saw bersabda, “Kalau Allah sudah mencintai seorang hamba, Dia memanggil Jibril dan berkata, ‘Aku mencintai Fulan. Cintailah dia’. Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru di tengah penduduk langit, ‘ diumumkan bahawa Allah mencintai Fulan. Kerana itu, cintailah dia.’ Maka seluruh penduduk langit mencintainya. Lalu disampaikan kepada penduduk bumi dan seluruh penduduk bumi mencintainya.” (Shahih Bukhari-Muslim)
Khamis, 26 Ogos 2010
17 Ramadhan
17 Ramadhan. Satu tarikh yang cukup bersejarah dalam sejarah umat Islam. Itulah kali pertama kalamullah diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ yang mana Malaikat Jibrail AS menjadi perantaraan. Selepas peristiwa itu, Rasulullah SAW terus menerima wahyu daripada Allah untuk disebarkan kepada umat manusia sehinggalah generasi sekarang. Betapa besarnya ujian yang Baginda terima sepanjang dakwah Baginda semata-mata untuk membawa Islam menjadi cara hidup seluruh umat manusia, bukannya Islam yang hanya ada pada nama.
Namun, sekarang cuba tengok berapa peratus umat Islam yang betul-betul berpegang dan beramal dengan al-Quran. Betapa hebat musuh-musuh Islam merencanakan rancangan yang mampu membuat umat Islam sekarang semakin hari semakin jauh dengan al-Quran. Tengok. Betapa berjayanya Perang Saraf yang dilancarkan oleh mereka. Pernah tak terfikir kenapa mereka melancarkan Perang Saraf? Hal ini kerana mereka sudah tahu jika mereka berperang secara fizikal mereka akan kalah kerana semangat jihad umat Islam sangat tinggi dan impian untuk syahid di jalan Allah. Apatah lagi tentera mereka berperang hanya untuk dunia. Mungkin untuk wang, kuasa atau pangkat. Tak hairanlah jika secara purata seramai 13 orang askar setiap bulan membunuh diri di salah sebuah military di Amerika. Gugur atau hidup semuanya merupakan kemenangan kepada umat Islam (9:111). Jika gugur insyallah dikira syahid. Jika menang alhamdulillah kerana mampu melawan mereka yang berani menentang Allah dan Rasul.
Ada antara musuh Islam yang bercadang untuk memusnahkan al-Quran supaya umat Islam tidak lagi beramal dengannya. Tetapi rancangan itu dibantah oleh sekutunya kerana itu akan membangkitkan kemarahan umat Islam jika al-Quran dimusnahkan. Jadi, apa yang mereka lakukan? Secara diam-diam mereka menanam jarum-jarum supaya umat Islam sendiri yang menjauhkan diri daripada al-Quran.
Bagaimana? Jawapannya adalah melalui hedonism iaitu hiburan yang melampau. Filem, lagu, drama, konsert, games dan lain-lain sangat digemari oleh masyarakat sekarang terutama dalam kalangan remaja yang sepatutnya menjadi harapan untuk menyebarkan dan membangunkan agama. Tengoklah betapa rosaknya remaja kita sekarang. Sejak dari kecil lagi musuh-musuh Islam sudah berjaya merosakkan masyarakat kita. Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak mesti gemarkan kartun. Pelbagai agenda mereka selitkan dalam kartun untuk mempengaruhi fikiran anak-anak. Contohnya, banyak kartun yang memaparkan aksi-aksi ganas seperti Dragon Ball dan Naruto. Kesannya, kanak-kanak sekarang suka memberontak dan melawan cakap ibu bapa. Kanak-kanak juga sudah disajikan dengan elemen cinta sejak awal lagi. Kanak-kanak perempuan khususnya, suka benar menonton cerita seperti Sailormoon, Barbie, Snow White, Little Mermaid, Cinderalla dan Beauty and The Beast yang memaparkan tema percintaan. Jadi, mereka sudah mendapat didikan awal betapa indahnya bercinta dan memadu kasih. Kononnya. Tidak hairanlah sekarang couple menjadi trend remaja. Bahkan, orang yang tidak mempunyai couple pula yang dipandang serong. Betullah kan Islam datang dalam keadaan asing pada zaman Rasulullah SAW. Sejarah akan berulang. Sebab itu Islam juga dipandang asing sekarang.
Lagu-lagu pula usah dikatalah. Sungguh teruk lagu-lagu sekarang. Elemen lucah, bahasa kasar dan penghinaan agama sudah menjadi makanan. Lagu Agnes Monica yang entah apa tajuknya dihalang diudarakan di Malaysia kerana ada penghinaan terhadap Islam kerana menyamakan Allah dan Jesus. Remaja sekarang hanya tahu menyanyi saja tanpa mengkaji apa-apa tentang lagu-lagu tersebut. Padahal ada sesetengah lagu yang mempunyai maksud tersembunyi seperti memuja syaitan yang boleh mengganggu akidah dalam kita tidak sedar. Kasihan sungguh kepada mereka yang langsung tidak ambil peduli tentang hal ini. Ada yang menyedihkan lagi sesetengah orang saja buat-buat tidak tahu walaupun sudah diberitahu tentang perkara tersebut. Disebabkan sikap yang selalu ambil mudah mengakibatkan mereka hanyut dibuai lagu-lagu yang langsung tak membawa kebaikan. Lagu cinta. Lagilah melambak diudarakan. Ini semua hanya untuk meningkatkan perasaan remaja untuk bercinta. Cerita Korea dan Hindi pun sama. Memaparkan tema percintaan supaya semua dibuai angan-angan palsu. Games pula menyebabkan remaja menjadi ketagih sehingga melupakan tanggungjawab sebagai pelajar, anak dan hamba Allah. Ada yang sanggup tidak makan semata-mata untuk bermain games. Waktu solat pula sengaja dilewat-lewatkan dan parahnya kalau langsung tidak mendirikan solat.
Sungguh teliti rancangan musuh-musuh Islam dalam menghancurkan umat Islam. Percayalah, mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka (2:120). Jadi, untuk mengembalikan sejarah tamadun Islam yang menguasai 2/3 dunia pada masa dahulu, marilah kita kembali kepada Allah dan berpegang kepada Al-Quran. Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku.” Nah, apa lagi yang kita tunggu. Jangan biarkan maruah agama Islam kita hancur begitu saja. Jom kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
Rabu, 25 Ogos 2010
Coretan Pertama
Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki di dunia baru di salah sebuah universiti yang boleh dikatakan gah pada pandangan masyarakat Malaysia. Kebetulan, hari pendaftaran untuk pelajar baru bagi sesi Januari 2009 jatuh pada hari yang sama dengan hari lahir aku. Nampaknya, ini merupakan hadiah hari lahir yang terbesar dalam hidup aku. Dalam sibuk-sibuk menyiapkan diri untuk bertolak ke universiti, ahli keluargaku sempat juga mengucapkan “Selamat Hari Lahir” kepadaku. Cuma aku terkilan sedikit kerana abang aku tidak dapat turut sekali menghantar aku buat pertama kali ke universiti ini kerana dia ada urusan penting yang perlu dibereskan. Padahal, selama ini abangku yang banyak membantuku sehingga aku berjaya seperti sekarang. Selain ibuku, dialah orang yang paling gembira dengan kejayaanku.
Sesi pendaftaran sudah berlalu dan keluarga yang mengiringi aku ke universiti ini mula beransur-ansur untuk pulang. Aku menangis kerana akan berpisah dengan keluarga tersayang. Apatah lagi ini merupakan kali pertama aku belajar di luar negeri tercinta walaupun sudah lima tahun aku menjalani hidup di asrama. Sebelum pulang, ayah sempat mengusapku sambil memberi kata-kata semangat supaya diri ini kuat berada di tempat orang. Aku hanya mengiyakan apa yang diperkatakan oleh ayah walaupun aku masih kabur dengan realiti sebenar hidup di universiti. Tambahan pula, aku hanya seorang diri tanpa kehadiran teman-teman baikku.
Minggu aluan siswa bermula. Walaupun penat dengan pelbagai aktiviti tetapi aku gembira kerana berjumpa dengan ramai kawan baru. Satu perkara yang menghairankan aku adalah walaupun pertama kali berjumpa dengan kawan baru, hubungan kami cepat benar terjalin seperti dua orang teman baik yang sudah lama berpisah bertemu kembali. Yang aku dapat simpulkan di sini, pelajar-pelajar di sini semuanya ramah-ramah dan senang untuk dibuat kawan.
Kelas bermula dan aku sudah menanam azam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Pada suatu malam, ketika aku tengah khusyuk belajar, datang seorang kakak mengajakku ke laman tengah asrama untuk membaca al-Mulk. Aku hanya mengikuti. Perkara ini terus berlaku beberapa malam sehingga dia mengajakku untuk mengikuti taklim. Taklim? Apa itu? Tak pernah aku mendengarnya sebelum ini. Seperti biasa aku hanya mengikuti. Lama-kelamaan hati ini semakin tertarik dengan majlis ilmu tersebut. Dengan mengikuti taklim ini, aku dapat merasakan diri ini semakin berubah kepada yang lebih baik.
Ternyata, apabila diri ditarbiyah rupa-rupanya banyak lagi perkara tentang Islam yang aku belum faham walau pun diri ini Islam pada namanya. Aku tidak mahu hanya ada Islam pada namanya. Aku ingin Islam menjadi cara hidupku. Oleh itu, perlahan-lahan aku ubah diriku. Aku mula menutup auratku dengan sempurna (24:31). Aku mula memakai sarung tangan dan sarung kaki yang biasa dilupakan oleh kaum wanita untuk menutupnya walhal pergelangan tangan dan kaki turut dikira sebagai aurat. Aku mula meninggalkan karat-karat jahiliyah seperti menonton ‘movie’, bermain ‘games’, mendengar lagu yang langsung tidak membawa apa-apa makna bahkan menambahkan titik-titik hitam di hatiku (3:14). Dan alhamdulillah, diri ini mula rasa nikmatnya hidup bertuhankan Allah (3:15). Kadang-kadang aku kalah juga dengan hasutan syaitan dan bisikan nafsu yang menggodaku untuk kembali kepada diri yang lama. Walhal tipu daya syaitan itu lemah (4:76). Aku kecundang dan ada juga aku kembali menonton filem, mendengar lagu dan bermain ‘games’. Mungkin hubungan antara aku dengan Rabbku belum kukuh lagi sehingga masih ada ruang untuk syaitan menggodaku. Sekarang aku cuba sedaya upaya untuk tidak mendengar bisikan syaitan itu. Aku meningkatkan mutabaahku supaya aku semakin dekat dengan Allah Taala sehingga aku mampu menangkis rayuan palsu daripada syaitan.
Selepas sekian waktu aku ditarbiyah, kini giliran aku pula untuk menyebarkan fikrah islamiah dalam kalangan masyarakat (66:6). Rupa-rupanya jalan dakwah ini bukanlah segampang yang disangka. Banyak yang perlu dikorbankan. Jiwa, harta, masa, tenaga dan macam-macam lagi perlu dikorbankan untuk meraih cinta Sang Pencipta (9:24). Apatah lagi diriku yang bergelar sebagai seorang mahasiswa. Waktu untuk belajar agak terhad sekarang. Benarlah wahyu yang diturunkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW dalam surah al-Ankabut ayat dua. Tidak apalah kerana pasti mahal harga perdagangan yang aku jalankan dengan Allah ini (9:111). tTdak apalah. Memang sunnatullah. Apabila diri sudah berada dalam jalan ini, memang perlu mengharungi onak dan duri. Insyallah, walaupun kaki berdarah atau terluka terpijak onak dan duri, diri ini tidak akan berpaling. Apabila aku hampir tunduk dengan ujian itu, aku ingatkan diriku. Allah berikan aku ujian ini sebab Dia sayangkan aku. Malahan Nabi Muhammad, kekasih Allah pun diuji (2:214). Inikan pula aku yang hanya seorang insan biasa. Dia mahu tingkatkan darjatku di sisi-Nya. Jadi, mengapa aku hendak mengeluh atau kecewa dengan ujian yang Allah turunkan untuk hamba-Nya ini. Bahkan, setiap ujian yang Allah berikan merupakan anugerah supaya hamba-Nya kembali mengingati-Nya.
Aku cuma berharap kepada Allah Taala agar kuatkan diriku supaya aku tidak sekali-kali berfikir atau terdetik di hatiku untuk kembali kepada diri aku yang dulu. Biarlah aku ditarbiyah untuk selama-lamanya, bukan hanya untuk sehari, setahun atau semasa belajar sahaja. Pentingnya tarbiyah supaya diri sentiasa dingatkan kerana manusia sentiasa mudah lupa.
Langgan:
Catatan (Atom)